Monday, 11 July 2011

keep the secret

Tersenyum atau ketawa kesan dari gurauan yang boleh hiburkan hati memang bagus untuk rutin harian. Kata mereka: selalu senyum dan ketawa boleh buat kita awet muda. Aku rasa, semua orang suka dengar gurauan atau usikan yang boleh merapatkan seseorang dari lansung tidak kenal, hinggalah jadi kamceng. Begitu juga aku. Suka bila kawan bergurau dan aku tersenyum dan kalau betul-betul mengena di hati, boleh juga ketawa tanpa henti sampai perut rasa keras. ^_^

Dalam gurauan, kena juga ada hadnya. Ada limitnya. Ada topik yang kita boleh guraukan selalu. Tapi ada juga topik yang boleh dijadikan isu sekali sekali saja.  Kalau topik yang sama diulang-ulang itu juga dijadikan topik gurauan, memang boleh panas juga jadinya.


Misalnya: Macamana hari ni? ok? nampak bertenagalah bila sudah cas bateri ni. ( Dengan senyuman kambing)

Selalunya, tuan badan akan jawab: okey, alhamdulillah.

Dan, kamu bayangkan kalau gurauan itulah yang diucap selama 4 bulan. Apa yang kamu rasa? 

Maka, tidak hairanlah, kalau tuan empunya badan menjawab seperti ini pada hari ini:

Biasalah, jangan risau, satu hari nanti, kamu rasa juga tu kalau kamu sudah kahwin.

Hambik kau!

Yang peliknya, orang yang sudah kahwin, nampak tenang, mengusik hanya pada permulaan fasa pertukaran status. Usikan manja.

Yang sibuknya, orang yang belum kahwin, asyik mengusik saja, menyoal perkara yang sama seolah-olah mahu orang yang sudah kahwin ni buka cerita.

hmmm.... Tolonglah. Hormatilah privasi orang lain. Tidak perlu dengar cerita, tapi tukar saja status bujang tu kepada berkahwin. Itu sudah cukup untuk tutup mulut.


4 comments:

  1. hahahah aku faham kak.. akus selalu begurau begini dengan kawan-kawan yang baru kahwin.. ermm.. begini pulak rasanya.. kalu mcm nie cukup sekalai jak la aku begurau dengan kawan-kawan pasnie..

    nantie kena lagi teruk lepas kahwin kan.. best la hahha.. baru leh tau perasaan orang lepas kahwin bila baca entri nih.. hurmmm...

    ReplyDelete
  2. hahahaa..naaa, begitu la rasa tu SP.boring ba, klu sllu kena tanya soalan yg sama. kin pns pun ada.;D

    ReplyDelete
  3. Tutup telinga kak.. ala positifkan la.. senyum jak ngan durang.. lama-lama keboringan durang tuh mo perli-perli.. hehheh

    ReplyDelete
  4. haha..
    biasalatu...
    apa urg cko..
    menyibuk.. kuikuikui...
    ndapa bha tu..
    dia ambil berat.

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...