Saturday, 2 July 2011

Larian 1M1S: kekayaan Datuk Lee Chong Wei

Jalan raya hari ni agak sesak. Aku rasa, mungkin disebabkan semua sekolah join program Larian 1 Murid, 1 Sukan yang dilancarkan hari ni. Aku pun join juga. Susahnya mata untuk dibuka tadi. Tapi, aku gagah juga untuk buka mata. Syabas bete!

Since, tugas aku dalam program ni sebagai Ketua Ajk Buku Program dan Buku program tu sudah siap awal, aku tidak lah kelam kabut sangat untuk datang awal. Ni yang untungnya kalau buat buku program sebab kamu hanya akan sibuk sebelum aktiviti tapi masa aktiviti dijalankan relax sikitlah. Tapi, masa buat buku tu, mahu juga pening kepala bila setting lari.

Alhamdulillah, program berjalan lancar. Larian 1 murid (1M1S), 1 Sukan. Dalam FB pun ramai yang buat status pasal program ni.;D. Sebenarnya Dasar 1M1S ini mewajibkan setiap murid untuk menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti di sekolah. Ya la,  bagus sebenarnya bersukan ni. Selain sihat, ia boleh menjamin masa depan juga. Misalnya: Datuk Lee Chong Wei, pemain badminton negara yang banyak berjasa kepada negara dan merupakan salah seorang atlet yang mewah dengan duit di Malaysia;D. Cuba baca ini:

Berikut merupakan kiraan congak kekayaan Lee Chong Wei:
  1. Ia diperoleh berdasarkan sembilan kejohanan antarabangsa yang dimenangi, selain pingat emas Sukan Komanwel dan perak Sukan Asia, yang membolehkannya mengumpul hampir RM700,000.  
  2. Jumlah itu belum termasuk elaun latihan RM4,000 sebulan, elaun ranking pemain nombor satu dunia RM15,000 sebulan, elaun program Road To London, bonus kemenangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pencen RM3,000 sebulan hasil meraih perak di Sukan Olimpik 2008.
  3. Jumlah itu juga belum termasuk pendapatan daripada penajaan yang diterimanya dengan kontrak tertinggi daripada Yonex, Maxis, Samsung, Kaspersky, 100plus dan Astro Arena yang membolehkan ‘nilai’ Chong Wei mencecah RM2 juta hingga RM3 juta.
  4. Setakat lima kejohanan tahun ini - Grand Prix Master Final, Terbuka Malaysia, Korea, Seluruh England dan Terbuka India - pemain nombor satu dunia itu sudah memungut koleksi hadiah kemenangan hampir RM500,000.

Sumber:oh cikgu & billyinfo

Lumayan bukan?. Terus berangan untuk jadi macam dia. hahaha. Kagum juga dengan kejayaan dia. Memang sangat membanggakan. Harap-harap dengan adanya Dasar 1M1S ni, akan adalah pengganti dia satu hari nanti.;D

Untuk makluman semua, mana tahu ada yang masih kurang pasti apa sebenarnya matlamat Dasar 1M1S ni. Since aku buat buku program, jadi inilah matlamat yang aku letak dalam buku program tu. Matlamat program Dasar 1M1S ialah:

1) Majlis pelancaran sebagai tanda bermulanya pelaksanaan Dasar 1M1S peringakt Kementerian Pelajran dan Sekolah
2) Membangunkan usaha penglibatan secara menyeluruh dan bersepadu semua pihak untuk menjayakan Dasar 1M1S KPM.
3) Memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya hidup sihat dan cergas melalui aktiviti bersukan.

Selesai program, aku bergegas balik rumah. Perut berkeroncong. Oh, laksa semalam aku panaskan. Makan dengan sopannya. (ceh!)

Ni gambar masa di sekolah tadi..

Taklimat dan pendaftaran peserta

senaman pemasan badan dan flag-off

1 2 3 lari;D

No comments:

Post a Comment

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...