Wednesday, 13 July 2011

Menangis

Esok sekolah cuti. Mulanya, bila diumumkan esok cuti, muka aku yang tegang tukar jadi gembira sakan. Gembiranya, Tuhan saja yang tahu. Cuti sehari pun sudah buat aku suka. Tenangkan perasaan menghilangkan rasa tekanan bila selalu rasa darah naik lepas marah budak yang tidak dengar cakap. 

Klisenya, rutin cikgu begitu, marah tidak pernah berbekas di hati, marah supaya budak sedar kesilapan diri. Marah dengan amaran tidak melakukan lagi selepas itu dan marah tanda cikgu sayang kamu. Cikgu mahu kamu jadi anak yang berguna nanti.

Cuti sekolah ni cuti peristiwa sempena menyambut nisfu sya'ban. Sukanya aku sekejap saja. Esok kena bangun awal juga macam biasa. Aku kena jadi guru pengiring untuk bawa budak ke Pertandingan Paluan kompang dan formasi peringkat bahagian esok. 

hmmm.. muka tegang semula. Senyum. Dalam hati, berkhidmat tidak kira masa dan tenaga. Membuang rasa cemburu dengan kawan sekerja yang lain tu sangat payah. Tidak apalah, lain kali aku ambil cuti pula. Itu pujuk diri sendiri. Kononnya supaya tidak berapa emosi.

Rasanya hari jumaat ini hari yang akan menukar muka tegang kepada muka ceria.^_^ Sekarang, kira hari lagi. Begitulah kalau sudah jauh dari suami. Setiap kali dia khabarkan untuk datang, dalam hati terus ada taman, ada rama-rama sedang berterbangan. Gembiranya.^_^. 

Suami kata: ada 4 bulan lagi sebelum aku dapat pindah. Dalam 4 bulan ada 16 minggu lagi pula aku menangis setiap kali dia balik. Kesian dia. Kadang-kadang melayan sikap aku yang cengeng setiap kali dia mahu pulang, memang penat. Kalu balik jam 7 pm, dia terpaksa delay jam 9 pm. Memujuk aku satu hal. Kalau naik flight, memang tinggal la dia.

Sudah aku cuba, buat biasa. Tidak mahu ada airmata yang keluar. Biar dia pergi dengan tenang. Tapi, perempuan air mata macam aku susah untuk buang  rasa. Dalam solat, kami berdoa supaya Tuhan permudahkan urusan kami. Satukan kami dalam satu tempat. Beri peluang untuk kami tingal bersama seperti pasangan halal yang lain. Semoga juga Tuhan doa dan makbulkan doa kami. Amin.

mata mesti bengkak macam ni sebelum dia balik 

2 comments:

  1. Amin.. InsyaAllah..

    mo sakat2 nih.. tapi tebayang entri hari tue.. main2 ja kak.a. hehehe.. 4 Bulan, perghh semoga kakak Sabar menempuhi 4 bulan tue.. inda tau la, kalau sudah kawin nie 4 bulan kalau jarang-jarang jumpa memang satu cabaran.. lebih2 yang baru kawin.. saya dapat nilai itu dari pembacaan dan kenyataan di sekeliling.. Normal, benda nie tidak perlu digelakkan atau dijadikan bahan lawak... Entah, pembacaan kadang mematangkan aku kak.. kalau dulu masi remaja ribena, mesti menyakat dan yang bodohnya mesti ke arah 'itu' sahaja.. tapi sekarang aku boleh cakap, cabaran utama adalah rindu.. ( maaf kalu salah sebab aku belum kahwin kak.. semua melalui pembacaan)

    Aku selalu main2 kalau becakap, tapi kalu melibatkan benda yang boleh dijadikan pelajaran dan mematangkan macam nih, aku berani bagi pendapat.. Salah pun yang penting aku bagi pendapat kan kak..

    1 lagi, biarlah air mata itu menitis di depannya time kita menyambut sebab lelaki tengok air mata rindu/sayang wanita, macam kita nie dihargai.. tapi lelaki sangat berat bila tengok air mata semasa hendak berpisah.. (pandai-pandai pulak, padahal masih bujang kan, tapi aku cuba bagi pendapat)

    Semoga bahagia menanti kak misya dan keluarga..

    ReplyDelete
  2. AK: Wah dik, aku baca komen ko kan..terus aku touch ni..huhuh..sedih pula ni..tq sbb begitu memahami.^_^.entri yg dulu tu..hihi..x disimpan di dalam hati ba dik;D klu x ada lawak2 x jg happy;D

    mmg dik, klu suami isteri, bukan lg ikatan biasa sebab ia sdh jd ikatan batin jd rasanya bila jauh mmg x sama masa jd bf/tunang. Lain rasanya dik.rindunya pun lain sbb sdh diijabkabulkan & x ada siapa yg blh mrh bila nmpk pegang2 tgn suami di tmpt awam atau peluk2 suami.hahahha^_^

    aku terima tu pendapat dgn senang hati smbil senyum2 dik. & aku plg suka tu ayat plg last 'macam kit anie dihargai'wah..wah..terus kambang la tu suami aku dik^_^.

    Terima kasih untuk doa ko aaa;D Aku pun doakan ko bahagia bersama ehem-ehem^_^ si bulan;D

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...