Friday, 15 July 2011

Muhasabah diri

Jumaat hari istimewa. Kalau aku atau  kamu tersilap cakap sikit, orang lain akan cakap: mulut tu. ingat hari ni hari Jumaat. Salah cakap sikit, terus cakap: opss, hari ni hari Jumaat la, jaga mulut sikit. Cakap berbaur harapan, terus cakap: amin. Ambil berkat hari Jumaat. Ya, Jumaat penghulu hari. ^_^. Hari Jumaat dijangka berlakunya Kiamat. Hmmmm....

Selalunya, aku banyak muhasabah diri bila hari Jumaat. Hari-hari pun kena muhasabah tapi kalau hari Jumaat, lain sikit rasanya. Entahlah, aku pun tidak tahu kenapa. Mungkin, disebabkan sekarang, hari Jumaat adalah hari ditunggu-tunggu oleh aku. ^_^

Tapi, aku bukan cerita tentang Jumaat. Aku hanya mahu berkongsi rasa dan fikiran tentang perkara yang kadang-kadang perlu difikirkan berkali-kali. Tanpa rasa bosan. Dan jawapannya tidak ada pada orang lain, hanya ada pada aku dan kamu.
google


- Kamu pakai kereta besar, itu keperluankah atau untuk minta pujian?
- Kamu pakai baju cantik,tudung cantik, mekap cantik, beg cantik, kasut cantik, ikhlas dalam menjaga penampilan atau mahu orang puji kamu?
- Kamu mahu beli rumah besar, untuk keperluan ka atau untuk mengharap orang lain puji kamu yang kamu punya duit banyak?
- Kamu pakai barang semua yang ala kadar, yang murah tapi kamu bersyukurkah atau dalam hati kamu merungut sebab kamu masih juga tidak dapat guna barang-barang mahal?
- Kamu cari suami / isteri cantik / hensem, untuk berbangga-bangga dengan orang lain atau kamu terima apa adanya?
- Kamu buat persiapan tunang, kahwin, bercukur anak, kenduri kesyukuran secara berwasatiah atau kamu terpaksa buat besar-besaran supaya orang lain boleh puji betapa grandnya maljlis kamu?
- Kamu makan dan minum dengan banyak bertujuan untuk hidup atau sekadar mahu ikut nafsu kamu, selagi ada duit, beli saja?
- Kamu tidak pernah say sorry dengan adik beradik kamu bila kamu bergaduh atau berselisihan faham kerana kamu rasa kamu tua / muda atau bukan kamu yang kena mengalah / ego kamu mesti dijaga?
- Kamu diberi tugas dan tanggungjawab tapi, kamu tidak buat tapi, duit hasil dari kerja yang kamu tidak buat tu, kamu makan pula, bagi anak isteri, ibu ayah, adik beradik kamu makan?
- Kamu tahu, kamu bersalah dengan seseorang tapi, kamu tidak mahu mengaku salah kamu lalu, kamu biarkan saja hubungan kamu dengan dia putus?
- Kamu pernah ka tidak analisis apa yang kamu buat dan cakap dalam sehari dan dengan siapa kamu bercakap, gembirakah dia bersama kamu atau kamu sudah tersalah cakap tapi orang tu masih boleh cover muka kerutnya?
- untuk apa kamu kerja? 
- untuk apa kamu hidup?
- kenapa Tuhan masih bagi nyawa dengan kamu sehingga hari ini, jam ini, minit ini dan saat kamu baca entri ini?

note: aku berfikir dengan dalam sehingga masak.

Moga aku dan kamu dapat muhasabah diri selalu.

2 comments:

  1. Kamu buat persiapan tunang, kahwin, bercukur anak, kenduri kesyukuran secara berwasatiah atau kamu terpaksa buat besar-besaran supaya orang lain boleh puji betapa grandnya maljlis kamu?

    Yang ni topik hot sekarang. Ramai orang berdebat pasal ni. Mostly ramai perempuan mau diorang punya wedding yang grand2, even terpaksa men'cekik' darah bakal suami diorang. Opinion kakak macam mana? Hehe.

    ReplyDelete
  2. FM: tu la, mmg topik ni yg jadi hot. aku pun kdg2 heran dik bila smua berlumba2 mo tgk majlis sapa plg grand. bila tv 3 siar mcm2 tema wedding,suma mo diikut, wlu bajet x cukup, walau bakal suami kata x.

    bg aku, pihak laki kena tegas dlm hal ni. klu setakat itu saja yg mampu, bertegaslah.jgn kerana sygkan bakal isteri, semua diikut. hati prempuan ni lembut dik. keras mcmnapun, klu dia btul2 syg org tu, dia ikut jg tu.;D masa tu la lelaki blh dilihat sama ada blh jd ketua atau x. same dgn duit hantaran dik. klu minta terlalu tinggi, kena tegas. klu itu saja dpt dibagi, ckp terus terang. jgn ikut saja. x jg berbaloi klu duit hantaran rm15k padahal bakal isteri tu x ada kerja pun. lainlah klu mmg anak org loaded yg duit berjuta-juta. tp, bagi aku, x semestinya bila org loaded kena bt majlis grand juga, cukuplah buat semua tetamu dpt makan dengan selesa, halal dan berniat untuk sedekah bkn untuk menunjuk2.;D

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...