Thursday, 21 July 2011

Penantian satu penyeksaan

Kekerapan untuk selalu mengantuk jadikan aku kurang aktif sekarang. Semua kena berjaga-jaga. Setiap langkah kena slow motion. Jalan pun perlahan-lahan. Tidak boleh lasak sangat. Penantian adalah satu penyeksaan. Menunggu sesuatu yang diimpikan sejak bergelar isteri. Mudah-mudahan saja Tuhan mendengar rintihan doa siang malam aku dan suami. Amin.

Ada 2 tag lagi yang belum aku langsaikan. Satu dari Aima dan satu lagi dari Hanjila. Ada pula cerita tentang Nuffnang untuk arina aka sepupu aku yang dia minta dari minggu lepas belum juga aku post kan. Oh, masa makin mencemburui aku. Esok bermula hari sebagai fulltime housewife. Jadi, nampaknya semua kena langsai hari ni dan malam ni juga. Harap semua sabar untuk menunggu  ^_^.

Aku langsaikan tugas harianku dulu. Sejak cerita Marimar tamat, keinginan untuk tengok tv sudah berkurangan. Alhamdulillah. ^_^.  Yang bagusnya, ada kerja lain yang sudah boleh siap dalam masa sejam itu. Cerita Dewa cinta pun semakin membosankan. Ada yang tidak logik jalan ceritanya. Ada yang bikin darah tinggi. Huh!

Okey, sekejap lagi, ada entri aku susulkan. Mohon permisi dulu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai muslimah ^_^.



3 comments:

  1. marimar itu sinetron dari filipina bukan..agak panjang episodnya.sejak Pangako Sayo,sinetron dari tanah Jose rizal itu agak hambar sekarang.tak sedar dah tamat dah citer tuh.

    ReplyDelete
  2. benar. cerita dari filipina.^_^

    ReplyDelete
  3. puisinya di tunggu.. ingat.. puisinya kak.. merajuk nanti si Hanjila.. heheh

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...