Wednesday, 13 July 2011

PENAT

Exam semakin dekat.  UPSR, PMR, SPM dan STPM tunggu masa untuk berlansung. Agaknya semua orang makin risau. Terutamanya ibu bapa yang pentingkan kecemerlangan anak mereka dalam peperiksaan. Kalau anak pandai, memang akan dicanang ke seluruh kampung betapa pandainya anak si polan bin si polan. Mak bapa pun kembang hidung semangkuk bila anak lulus dapat A berderet-deret. 

Yang malangnya, bila ada budak yang masih tidak punya kesedaran akan kepentingan untuk belajar dan lebih bikin hati susah bila budak tu masih tidak nampak apa tujuan dia untuk belajar. Bila ibu bapa sudah beri segalanya, bila cikgu sudah give all out tapi, dia masih juga berada di takuk yang lama. Masih lagi dalam mimpi, dalam angan-angan, dalam khalayan yang  kononnya ada dunia lebih menarik dari belajar. 
google

Ironinya, walau dibagi banyak mana sekalipun, mereka tetap begitu. Masih belum mampu untuk buka minda, buka mata dan lapangkan hati untuk menerima pembelajaran. Penat guru, lelah ibubapa. Klisenya, selagi belum ada kesedaran akan pentingnya ilmu di dada, selagi itulah, mereka tetap dengan dunia kanak-kanak riang ribena yang hanya tahu erti suka dan ketawa.

Jangan disalahkan guru. Jangan disalahkan ibubapa. Untuk mendidik, perlu kesabaran. Penuh dedikasi. Benar, sistem pembelajaran kita jauh bezanya dengan sistem pembelajaran di luar negara yang menekankan aspek bakat. Kita punya sistem exam oriented. Masa exam, semua main hafal. Lepas exam, teori segala hilang. Ya la, tiada praktikal jadi mudahlah ia keluar telinga kiri selepas masuk sebelah kanan.

Mahu memyelami hati budak yang  memang payah. Walau senang untuk kita tutup mulut mereka bila lapar, bagi makanan, mahu duit  saja terus dihulur, mahu tidur, disorong bantal. Tapi, cuba kalau kita bercerita soal pelajaran, kejayaan, kehidupan, pasti mereka akan tanya kenapa dan mengapa dan kita yang dewasa, ada masanya kelu untuk berkata-kata. Alasannya, ada perkara yang belum patut budak itu tahu.

Menerang dan memberi contoh perlu supaya mereka boleh bayangkan apa yang kita mahu mereka tahu. Mereka masih suci. Masih hijau untuk mengenal kehidupan. Masih tidak tahu kenapa mereka perlu belajar dan bekerja bila sampai masanya. Sadisnya, bila ada berkata, kalau tidak sekolah tinggi pun masih boleh hidup juga. Masih boleh survive juga. Itu pemikiran budak berumur 13 tahun, sepupu aku yang sanggup berhenti sekolah kerana bosan. Terdiam aku.

Apapun ia, aku cuba belajar mengenal jiwa mereka. Menyelam sedalam mungkin. Mencari apa yang mahu mereka katakan tentang dunia yang sudah jauh modennya. Mudah-mudahan aku mampu bertahan. Terus mencari kesempurnaan kendiri dalam diri mereka.




No comments:

Post a Comment

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...