Sunday, 17 July 2011

Perbezaan sebelum dan selepas kahwin (part 3)

Serius. Dari dulu, aku memang suka makan. Kalau masih lapar dan rasa belum puas, aku masih boleh order mee rojak ayam versi dari Restoran Happy di KK walaupun, sup ayam sudah licin hingga ke supnya aku hirup.

Ini lagi serius. Aku baru makan lebih kurang jam 10.30 tadi. Meehon goreng yang aku goreng sendiri. Habis 2 pinggan. Sekejap tadi, tiba-tiba tangan bergegar, perut lapar lagi. Berlari aku ke dapur. Senduk lagi mee hoon tu. Makan dengan kadar paling instant sambil hidung berair. Rasa mau nangis sebab lapar gila padahal sudah makan dengan banyaknya 2 jam sebelum tu. 

Lepas makan meehon, aku buat air teh susu dan makan biskut crackers 4 keping. Barulah tangan berhenti bergegar. Mata suami tidak berkelip tengok aku. Nafsu makan aku makin menjadi. Dia angguk kepala sambil berkata: makanlah.
kamu bayangkan, kalau aku mkn sebanyak ini tadi 2 pinggan maka, bila makan lagi sekali semuanya jadi 3 pinggan. Pengsan la ni!

Masa bujang dulu, kalau lapar, aku minum air  kosong / air suam banyak-banyak. Tidak kisahlah kalau aku perlu ke tandas berkali-kali. Sebab dengan minum air kosong yang banyak adalah salah satu cara untuk keep slim. Jaga perut supaya tidak boroi. Jaga berat badan supaya tidak naik sebab bila lapar, makan apa saja.

Sekarang, aku hampir tidak dapat kawal pemakanan bila fasa kelaparan datang tiba-tiba dalam sebulan ni. Kata suami: mungkin perubahan hormon selepas kahwin sebab aku kahwin sama orang yang kuat makan. hahahaha. 

Memang beginikah kalau lepas kahwin, nafsu makan jadi makin tinggi???

p/s: Dalam hati, mudah-mudahan seluar jeans masih muat lagi. 

4 comments:

  1. aku mmg jenis kuat makan tambah lepas kawin lg extra extra sebab drg makan nda kasi abis.sayang bah aku la yg kasi abis T_T

    ReplyDelete
  2. naaa ma.klu begitu, mmg syg ba kasi tinggal kan.rezeki ba tu.;D kasi abis jak selagi terdaya;D

    ReplyDelete
  3. hahaha..ada kemungkinan memang gitu tu kak..lebih2 lagi kalu sentiasa disamping suami,makan minum memang terurus..sarapan pg,minum pg,lunch,minum ptg,mkn mlm..minum2 lg sblm tidur..haha..bah kawal2 sikit.nnt sikit2 jadi montel pulak..hahaha..

    ReplyDelete
  4. arina:matai no dik, amun begitu.tepaksa pan tu control.ai montel bana no kang tu dik.hihi

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...