Friday, 1 July 2011

Resepi laksa;D

Assalammualaikum..

Siapa suka makan laksa tapi tidak pandai buat pun laksa tu? okay, aku kongsi resepi simple ini dengan kamu. Nanti kamu boleh try test di rumah.;D, Aku baru saja buat tadi laksa ni jadi dinner aku.;D.

 Bahan-bahan: 1)  Ikan segar
  (aku guna ikan kembung dan ikan yang satu ikan tidak tahu nama sebab aku tidak tahu namanya.hahaa)
                      2) Bawang merah, bawang putih, serai dan belacan ( bahan A) (maaf lupa gambar belacan cili padi);D.                                  Bahan ini diblender bersama-sama.
                     3) Daun kesum
                     4) Bunga kantan
                     5) Asam keping
                     6) Garam dan aji ( secukup rasa )
                     7) Telur, timun, bawang merah, limau nipis atau limau kasturi, daun salad (yang ini, ikut suka hati kamu, kalau mahu letak lagi sedap, kalau malas, oh, yang penting kuah laksa kamu mesti sedap. Letak masa kamu mahu hidang ah)


Cara buat:
1) Rebus ikan yang kamu sudah siang. Aku tidak letak apa-apa perasa masa rebus ni, just letak air saja.
2) Bila ikan sudah masak, asingkan dan air rebusan ikan tu pun letak tepi dulu. rebus mee laksa pula.
3) Ikan tadi tu kamu asingkan isi dan tulang. Lepas tu blend. Blend isi saja dulu. Lepas tu, blend tulang ikan tu dan tapis. ( tengok gambar )
4) Blend juga Bahan A tapi jangan campur dengan isi ikan dan tulang tu. Asing-asing okay.
6) Bila semua sudah sedia, kamu bolehlah letakkan semua bahan A, daun kesum, bunga kantan, asam keping, isi ikan dan tapisan tulang ikan dalam air rebusan ikan tadi dan masak semula.
7) Bubuhlah garam dan aji sesuka hati kamu.





 Oh ya, ini gambar bunga kantan dan daun kesum.
Tunggu lah kuah laksa kamu sampai mendidih dan rasalah dulu kalau sudah cukup rasa atau tidak. Dan kamu sudah berpuas hati, sila tepuk tangan sebab kamu sudah berjaya buat laksa kamu sendiri, Lepas ni, kamu tidak perlu beli, kamu buat saja di rumah.;D

Taraaaaa....;D

Bahan no: 7, aku belum letak lagi;D

Selamat mencuba;D

P/S Masa blend bahan A, Isi ikan dan tulang ikan tu pandai-pandailah kamu agak airnya. Jangan banyak sangat. Just untuk buat hancur saja.

2 comments:

  1. kak misya, thanks ni resepi. lma da sy mau try ni.

    ReplyDelete
  2. U r welcome dik...ba, ko try la..sng jak ni;D

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...