Monday, 18 July 2011

Resepi sup ayam ala sharkfin

Seminggu lebih lagi bulan puasa. Masa puasa mesti mahu makan pelbagai makanan, kan? Mari sini, aku tunjuk buat sup ala sharfkin. Macam biasalah, kalau aku masak, haruslah guna bahan dan cara yang paling simple. Complicated bukan aku. Pening kepala kalau terlalu banyak step dan bahan yang susah untuk aku cari.
Bahan-bahan:

Rebus ayam dengan sengengam bawang putih yang ditumbuk halus. Letak halia yang diketuk  sikit tapi lepas ayam masak, kamu asingkanlah halia tu. Kalau sudah masak, asingkan air rebusan ayam tu.

Kulat hitam. Kamu rendam dulu sampai lembut dan cuci berkali-kali untuk hilangkan bau, okey.

Lepas tu, kamu potong halus

Yang ni isi ketam

Kamu potong halus juga. Suka hati kamu mau letak banyak atau sikit.;D

Isi ayam tu tadi, kamu carik-carik kecil.
sebiji telur 

Tepung jagung ni untuk bagi pekat. Jangan lupa tambah sikit air.

Masukkan semua bahan: isi ayam, isi ketam, kulat hitam dalam periuk. Kalau sudah  mendidih, masukkan sikit demi sikit telur sambil kacau. Masa ni guna api paling kecil. Lepas tu tepung jagung yang sudah dibancuh dengan air. Makin banyak tepung tu, makin pekat ya.

Lastly, letak secukup rasa maggi dan lada sulah


Okey, sekarang boleh makan 

SELAMAT MENCUBA ^_^

3 comments:

  1. good sharing tapikan aku mmg suka rasa tu mushroom bgtu..

    ReplyDelete
  2. nampak sedap. nak try! hehe

    ReplyDelete
  3. aima: ba try la masak ma.sng ja buat ni;D mana tau c daniel suka;D

    yasmin:ok dear, slmt mencuba ya;D.klu dah cuba, jgn lupa post dlm blog;D

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...