Wednesday, 27 July 2011

Rindu kisah naik bas UiTM KK ( Peraduan Touch n go)

Sebelum aku ada kereta sendiri, aku sudah sangat sebati dengan pengangkutan awam terutamanya bas. Masa tu, menunggu bas datang adalah satu rutin yang menyeksakan lebih-lebih lagi kalau masa tu ada urusan yang perlu aku selesaikan dengan segera. Tapi, gara-gara pakcik bas lambat sampai maka, urusan pun ada yang tidak usai dan terpaksa ditangguh lagi di masa lain.

Mengenang zaman di UiTM, naik bas menjadi satu kenangan paling indah. Sedar diri masih bergelar pelajar jadi,  aku dan kawan-kawan lain memang penunggu bas yang paling setia. Asal tiada kelas, okay, laju saja kaki untuk mahu ke bandar, tengok wayang. Boleh lagi marathon 4 kali tengok movie tu. 

Malangnya, semangat berkobar-kobar itu tadi akan punah bila bas lambat datang walaupun sudah sejam menunggu. Dan paling memboringkan lagi bila terpaksa berebut-rebut masuk dalam bas. Walaupun ada slogan 'woman first' tapi, semua tu tidak dipandang lagi oleh para lelaki sebab kalau tidak dapat tempat duduk maka, duduklah dalam bas tu selama sejam sehingga sampai di bandar. 

Almaklumlah, UiTM Sabah terletak di atas bukit yang menyukarkan untuk pelajarnya dapat bolos begitu sahaja. Kalau cun masa tu guard bernama Pakcik Misai tu punya turn bertugas maka, siaplah kamu dengan kad keluar. Siapa yang keluar illegal tanpa kad, sedialah telinga untuk dijerit oleh pakcik tu. Ya, ampun, aku masih ingat lagi bila dia teriak aku dulu sebab keluar juga walaupun sudah ada arahan tidak ada pelajar yang dibenarkan keluar hari tu. ^_^. Oh, pakcik, adakah kamu masih ada di sana? tahun ni masuk 5 tahun meninggalkan kampus itu. Rindu mahu tengok misai garang pakcik. hihihi.

Perjalanan jauh dari Menggatal-KK selalu buat aku tertidur. Pasal tu la selalu ambi tempat tepi tingkap. Senang untuk lentok dan dapat udara segar. Aku paling pantang kalau masa tu ada aroma segar dimiliki oleh penumpang sebelah, huiiii, buka tingkap luas-luas. Boleh muntah kalau aroma tu terlalu segar. ^_^

6 tahun menggunakan bas awam di UiTM, alangkah baiknya kalau masa tu, ada peraduan Ride,Touch n Win sudah diperkenalkan, aku yakin ramailah pelajar UiTM KK menang hadiah IPAD, Samsung Galaxy Mini,  2x Tiket Wayang bernilai RM120 dan sagu hati 10 x baucar tambah nilai  Touch  n Go RM100. Malangnya, tiada ada. Nehi. nehi. nehi. 

Sekarang ni, peraduan tu ada dengan kerjasama pengangkutan Bas RapidKL. Bestnya. Kalau guna kad Touch n Go tu selalu dan dapat nilai paling tinggi, hasilnya dapatlah juga hadiah mingguan seperti di bawah:


Klik untuk tumbesaran

Aku teguk air liur kosong sajalah. Sebab di Kuching pun tidak ada touch n go. ^_^. Kalau kamu berminat untuk menyertai, ni cara menyertai peraduan tu:

Klik untuk tumbesaran
Atau kamu boleh pergi saja ke lawan web ini: http://www.touchngo.com.my/rtw/


Dalam web ni, ada syarat penyertaan dan senarai nama pemenang yang sudah berjaya ikut peraduan ni.
Cepat, kamu masih ada peluang sebab peraduan yang bermula 20 Jun ni akan berakhir pada 20 September 2011. 

Atleast, kamu dapat sesuatu setelah naik berulangkali naik bas. Mana tau, hadiah kamu tu boleh jadi  bahan yang akan kamu ceritakan dengan anak cucu kamu nanti. Mesti bangga sebab dengan naik bas pun boleh dapat hadiah.^_^. Atau kamu boleh dapat tengok wayang dengan kekasih kamu berkali-kali.^_^

Okay, selamat mencuba.

1 comment:

  1. hehehe sama juga time sy belajar d ums. siap buleh tdur lg sblom smpai kk.huahua

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...