Sunday, 31 July 2011

Salam Ramadhan untuk semua

Satu persatu fasa kehidupan bertukar. Dari kecil ke besar, dari belajar ke bekerja dan dari bujang ke berkahwin, ada seribu satu cerita yang sudah dikongsi bersama insan-insan penting dalam hidup aku. Perjalanan hidup yang adakalanya terlalu sukar untuk dilalui tapi bila aku mengamalkan konsep tawakal 100% kepada Tuhan selepas berusaha, Alhamdulillah,  jalan hidup aku dipermudahkan. 

Perkara yang pasti selalu diduga oleh kebanyakkan orang ialah bila sebelum ini kamu berbuat baik dengan orang lain biarpun orang itu tidak mengendahkannya. Tapi, karma hidup memberikan peluang kepada orang tu untuk berbaik semula dengan kamu walaupun mengambil masa yang agak lama. Alhamdulillah sekali lagi, satu persatu, individu yang pernah aku dendam mula datang berbaik semula dengan aku. Mudah-mudahan saja semuanya ikhlas dan hati aku pun bersih dari dendam lagi.

google

Mungkin, berkat Ramadhan yang datang menjadikan perjalanan hidup menjadi semakin mudah. Esok, bermulanya Ramadhan. Ketibaan Ramadhan kali ini sangat mengujakan aku bila pertama kali menyambutnya  dengan gelaran isteri. Malam ini, solat terawih untuk malam pertama Ramadhan akan aku dan suami tunaikan. Ya Allah, besarnya rahmatMu. Terima kasih kerana memberikan peluang seperti ini.

Kepada semua pembaca muslim, 

selamat menyambut ketibaan Ramadhan. Moga Ramadhan ini membawa seribu keberkatan dalam hidup kalian. Inilah masanya untuk kita mendekatkan diri kepada Tuhan, menambahkan amal ibadah dan meningkatkan tahap keimanan kita. Mudah-mudahan Ramadhan disambut dengan hati bersih. Jangan lupa, berwasatiah atau bersederhana dalam berbelanja, ya.^_^

3 comments:

  1. salam Ramadhan kak misya....may god blessing all of us...

    semoga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat dalam Ramadhan ini...=)

    ReplyDelete
  2. tu lah kn..perghhh
    berbaik baik dah kn..
    selamat berpuasa ehhhh
    bangun sahur esok tahuuuu

    ReplyDelete
  3. azean: slm ramadhan juga azean;D same with u.moga mendapat keberkatan hidup selalu;D

    far8: slmt berpuasa juga ;D

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...