Monday, 4 July 2011

Semua pun kuat!

Lately, aku mula realize yang penyakit ni semakin menjadi-jadi dalam diri aku. Hampir semua perkara aku tangguh gara-gara penyakit MALAS ni. Bengang pun ada. Simptom-simptom malas yang semakin conquered diri aku:

1) Malas mandi awal - selalu lewat mandi
2) Malas mengemas - semua nampak sangat tidak kemas, tunggu suami bebel baru kemas
3) Malas bangun pergi tandas ( padahal tension sudah ni selalu rasa mahu peeee)
4) Mahu baring dan duduk bermalas-malasan saja.
5)  Kadang-kadang makan pun malas lebih-lebih lagi kalau di rumah. Tapi, kalau rasa mau makan tiba-tiba datang, terus berlari-lari anak ke dapur. Masak seperti chef.
6) Malas jawab kol dan msg. Ada masanya, aku akan silentkan hp aku lebih-lebih lagi bila masa aku mahu tidur petang - see, dulu, aku jarang tidur petang, sekarang, selalu!
7) Lewat sampai pergi tempat kerja
 Last but not least, aku makin
8) Cepat mengantuk, KUAT TIDUR dan KUAT MAKAN

Lemah rasanya bila begini. Betul-betul unproductive. Kadang-kadang, mahu kerja pun malas. Rasa mahu ambil cuti saja selalu.

Di sekolah, bila orang nampak aku selalu mengantuk, mulalah bertanya
 'nampak mengantuk je, ada isi dah ka?" 

Aku geleng kepala.

Aku search info thru en.Google tadi. Ketuk-ketuk keyboard. Lama.. mmm... 

Aku ada isi??
Blur.
google


No comments:

Post a Comment

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...