Tuesday, 19 July 2011

Sinopsis cerita Telenovella Bella

Karma hidup. Selepas penat berusaha untuk dapat terbaik dalam hidup akhirnya, pasti bahagia juga. Sama juga dengan cerita Marimar yang sudah tamat semalam. Aku menonton dengan emosi yang tenang. Suka bila c Angelika yang jahat tu kena makan buaya. hahaha. Di sekolah, ramai yang berpuashati bila Angelika dapat karma begitu. ^_^. 

Walaupun ia hanya drama tapi, kadang-kadang kejadian tu berlaku dalam kehidupan kita tanpa kita sedar. Bila sudah terkena, barulah kita tahu yang nyawa kita di hujung tanduk. Masa tu lah, kita hanya perlu tawakal, berserah sepenuhnya pada Tuhan selepas kita berusaha.

Tamat cerita Marimar. Ganti pula dengan cerita Bella yang start hari ni. Kali ni, TV 3 bawa semula cerita romantika latin yang tidak kurang hebatnya dengan filipin ni. Aku  masih ingat lagi cerita La Usurpadora yang jadi gilaan masa belajar dulu. Asal jam 4 petang, ramailah pelajar perempuan uitm kk yang berlari-lari turun tangga sebab mahu cepat untuk sampai ke Bilik TV tengok cerita tu. Aku pun join juga. Belum sempat masuk bilik, terus saja belok ke Bilik TV. hihi.

Actually cerita bella ni ada 140 episod. hahaha. punya lama. Sampai bila la ni habis? oh, mungkin sampai cuti sekolah. cuba congak kalau sebulan ada 16 kali main then, berapa kali lagi main sampai la 140 episod tu habis?

Bella Calamidades ni maksudnya Beauty but unlucky. Aku dapat rasa sudah cerita ni mungkin best sebab c Bella ni mengharapkan ada miracle yang terjadi dalam hidup dia bila dia selalu saja malang.


Maka, orang Latin ini memang cantik ^_^

Ni sinopsis cerita Bella Calamidades yang aku dapat dari WEB TV 3


“BELLA CALAMIDADES” mengisahkan perjalanan hidup seorang anak yatim piatu, Dolores Lola Carrero (Danna Garcia) yang penuh dengan pelbagai rintangan sebelum keajaiban muncul menyelamatkan nasibnya yang malang. Sejak bapanya meninggal dunia, Lola terpaksa menumpang di rumah makciknya dan membesar tanpa kasih sayang. Malah, Lola sering diperlakukan sebagai seorang hamba dan tidak pernah menerima layanan baik daripada keluarga makciknya.

Malangnya, satu hari tragedi menimpa dan Lola melarikan diri pulang ke kampung halamannya setelah menganggap dirinya sebagai penyebab kepada kemalangan yang menimpa makciknya. Lola telah menyembunyikan diri dalam pondok kecil di sebuah tanah perkuburan yang terletak jauh daripada kawasan bandar.

Memandangkan penampilan Lola yang selekeh dan tidak terurus, penduduk di sana menganggapnya sebagai orang kurang siuman dan pembawa sial. Dia juga dituduh sebagai punca terjadinya beberapa insiden yang telah bertukar menjadi tragedi. Sedih dan kecewa dengan nasib, Lola benar-benar mengharapkan perubahan positif dalam hidupnya yang akan membawa kebahagiaan kepadanya.

Namun, semuanya bakal berubah dengan kemunculan jejaka tampan bernama Marcelo Machado (Segundo Cernadas)! Siapakah Marcelo sebenarnya dan bagaimanakah jejaka misteri ini bakal membantu menceriakan kembali kehidupan Lola yang suram selama ini?
 

Hmm... cerita macam menarik. Lebih kurang macam Marimar juga yang pada mulanya miskin dan hina tapi rupanya anak orang kaya. Aku masih lagi berfikir sama ada mahu tengok cerita ni dari mula atau tidak. Kalau aku tengok maka, aku kena tengok selalu sampai tamat episod.

Ada lagi yang istimewa pasal cerita Bella ni:

Penonton setia TV3 juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik menerusi Kuiz SMS Telenovela Bella Calamidades sepanjang telenovela ini keudara. Just taip BELLA dan hantarkan ke 33399 untuk mendaftar sebelum menjawab semua soalan dengan betul selepas setiap episod bagi mengumpul mata. Uniknya, setiap 2 minggu, pihak penganjur akan mengumumkan seorang pemenang yang telah berjaya mengumpulkan mata tertinggi berserta slogan terbaik untuk membawa pulang hadiah menarik seperti LCD TV, peti sejuk mini, ketuhar gelombang mikro dan macam-macam lagi. 

Sumber: WEB TV 3

Maka, sambil menyelam minum air. Sambil menonton, kamu boleh dapat hadiah juga. Mungkin aku akan join, mana tau dapat hadiah. hahahah

No comments:

Post a Comment

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...