Sunday, 3 July 2011

slow talk

Bila berjauhan, perbualan jadi asyik. Biasalah walau tiada ucapan rindu tapi, setiap kata yang diucap tu macam magik. Terus masuk dalam fikiran dan diterima tenang oleh hati. Setenang rasa selepas diijabkabulkan. Alhamdulillah.

Mereka kata perkahwinan yang dibina akan mengambil masa 3-5 tahun untuk matang. Mmm.. Kami baru 3 bulan 3 minggu 1 hari bersama-sama. Masih jauh lagi perjalanan untuk sampai ke tahap itu.  Banyak cabaran yang kami perlu lalui supaya kami dapat kenal hati budi masing-masing. 

Bila ada yang bercerita tentang cabaran rumahtangga mereka dan bandingkan dengan orang yang baru kahwin, cepat saja mereka cakap ' ala, baru kahwin, memang la best, lama-lama nanti banyak la masalah'. Kadang-kadang kecil hati juga bila diusik begitu. 

google


Bagi aku, berapa lama pun bersama itu tidak penting, tapi yang penting berapa banyak kita boleh faham seseorang untuk jadikan kita lebih bertoleransi dalam apa keadaan sekalipun.  Kalau asyik ikut kata hati, tidak mahu dengar pendapat orang lain, terus marah sesuka hati dan kurang hormati perasaan orang lain, itulah yang jadi pendorong untuk jadikan satu hubungan itu berantakan dan kurang persefahaman.

Aku sukakan slow talk atau pillow talk dengan suami. Apa masalah sekali pun, slow talk itu penting. Aku belajar dari pengalaman. Memendam perasaan dan rasa sakit hati itu akan jadi dendam bila sudah terlalu lama dipendam. Kesannya, bila sudah tidak dapat ditanggung, rasa marah jadi benci dan semua yang dibuat pun tidak lagi dapat diterima oleh logik akal.

google


Kepada suami, terima kasih kerana cukup memahami hingga ke saat ini. Teringat masa kita pacaran dulu, asal bergaduh, merajuk, masam muka dan masing-masing tidak mahu kalah, siapa telefon siapa, siapa pujuk siapa. Sekarang tidak lagi. Ada tanggungjawab yang kita pikul. Ada satu rasa tidak best bila  tiada deringan lagu My All tu setiap hari.

Mudah-mudahan perjalanan kita dipermudahkan. Amin;D


3 comments:

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...