Saturday, 2 July 2011

Tips bina keyakinan diri bukan dari mekap


Note: Entri khas untuk Kaum hawa sahaja

Setiap orang memerlukan keyakinan diri yang tinggi supaya bersemangat melakukan rutin harian. Selalunya, orang akan fokus kepada outfit yang cantik-cantik, mekap yang boleh transform muka dari kurang menarik kepada sangat gojes. Tapi di sini, aku mahu kongsi tips untuk punya keyakinan yang orang lain tidak nampak. Hanya kamu yang rasa dan nampak. Ini kira inner invisible la.

Okay, kita terus saja ke isi seterusnya. Jangan buang masa. Masa itu emas.


haih! cantiknya kamu aish!


Pertama: Sebelum keluar rumah, pastikan kamu berus gigi, flos dan pakai antiseptic mouthwash misalnya: Listerine. Maka, kalau kamu rasa segar, orang lain di sekeliling kamu pun mesti suka.

Kedua: Pastikan kamu pakai deodorant. Pilihla deodorant yang ada 12 hours protection. Kalau kamu ada kekasih hati yang ada bau hacem, kamu gunalah komunikasi yang bagus untuk elakkan kamu terpaksa tarik nafas panjang-panjang sepanjang ngedets.;D Misalnya: belikan dia satu set dandanan diri (bedak badan, perfume dan deodorant) jadi, tidaklah dia rasa pelik kenapa kamu belikan dia set tu. hahaha. Helah bela diri.;D

Ketiga: Ini aku suka.;D kamu pakailah lingerie yang kamu rasa paling cantik dan seksi. Biarpun orang tidak nampak tapi, adalah satu bonus bila dalaman kamu nampak cantik. Eh, jangan pula pakai baju jarang semata-mata untuk show dengan orang lain yang kamu ada lingerie cantik. Itu namanya, tempah masalah!

Ke-empat: Jangan lupa pakai women wash supaya kamu segar di luar dan dalam. Kamu tahu kan, kenapa? Jangan pula, jaga muka dan badan bukan main tapi mahkota yang satu tu kamu abaikan. Itu lagi penting dari muka tau.

Ke-lima: Kaki kamu. Jangan biarkan kuku kaki kamu kotor dan buat orang lain geleng kepala. Kalau pun kamu malas sangat, potong saja kuku kamu dan pakaikan losyen atau baby oil sebelum tidur atau keluar rumah. Jadi, kaki kamu tidak nampak kering dan tidak bermaya.

 Last but not least : Ke-enam: Berdoalah selalu. Berdoa sebelum keluar rumah. Minta supaya kamu selalu tenang dan dipermudahkan semua urusan. Lepas tu, senyum selalu. Kalau ada perkara yang bikin kamu panas pun, jangan sampai orang lain pun ingat yang kamu marah mereka juga.

Nota: eh, kan entri ni untuk perempuan..;D

5 comments:

  1. hai kak misya...

    waa...bgus ni tips. yg no.5 tu sy stuju sbb mmg slalu dlupakan...

    ReplyDelete
  2. hai hanjila;D Yaa..yg no 5 tu la org sllu kasi lupa.padahal penting tu;D

    ReplyDelete
  3. ola...bukan setakat no.5 ja kna lpa yg no.2 pun kna lupa jua...x best la kan if perempuan bbau ketiak...n x best la kan kita kena tahan nafas slalu...hehe

    ReplyDelete
  4. kongsi untuk lelaki bah kak.. hahah no 1 dan 2 tuh ngam sudah.. (mesti no 1 berkaitan rokok) ahakss

    tips nih mo syare ngan kawan2 girl.. ceh, mo kesah ngan perempuan punya hal plak.. tapi inda salah bah kan.. tp gerenti kena balik nih kalau aku bg kawan2 girl..

    ReplyDelete
  5. virgo:hahaha..klu prmpuan bau ketiak, mau pengsan juga dik;D

    sang pencinta: ba, nnti aku buat khas utk lelaki.mau??? tgk best on pengalaman.hahaha

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...