Tuesday, 26 July 2011

Tips hilangkan stress dan dapat percuma tiket ke funky kopral

Hari-hari ada saja benda yang bikin stress. Bikin tekanan, panas hati, geram dan sakit hati. Kalau boleh mahu saja dilenyek-lenyek macma kentang orang yang buat angkara dengan kita, kan? macam tu la salah satu rasa bila sudah tertekan dan paling sadis kalau tidak ada sesiapa pun kawan rapat kamu yang boleh dengar luahan rasa hati kamu. 

Tapi, kamu jangan pening kepala. Relax. Calm down. Tarik nafas panjang-panjang. aku akan senaraikan beberapa perkara yang boleh kamu buat untuk hilangkan tekanan kamu @ kamu boleh pilih mana perbuatan yang selalu kamu buat bila kamu rasa tertekan.

1) kamu dengarlah muzik suka-suka hati kamu. Pasanglah lagu yang boleh bikin rasa kamu tu terluah. Kepala kamu angguk-angguk pun, okay, layan saja.^_^

sumber

 2) Atau kamu memilih untuk menyanyi lagu kesukaan kamu atau lagu yang jarang atau tidak pernah kamu lakukan. Misalnya, lagu dangdut : "aku benci, benci, benci padamu". Jujurnya, bila kamu nyanyi lagu yang bersesuaian dengan perasaan kamu masa tu, itu boleh beri kelegaan dua kali ganda.^_^

sumber
3) Selalunya bila rasa tertekan yang tiada kawalan, aku lebih suka tidur. Bila sakit kepala memikirkan sesuatu perkara, masa tu la aku akan decide untuk pretty sleep. Memanglah bila bangun nanti, akan teringat lagi benda tu tapi at least, sudah ada kelegaan sedikit dalam diri aku sebab tidak perlu fikir apa-apa masa tidur.

Tidur adalah umpama mati sekejap, bukan bererti mahu mati tapi, aku selalu berangan-angan mana tahu ada mimpi tentang penyelesaian masalah aku masa tidur. hahaha. Okey, sebenarnya, bila dapat tidur yang cukup, otak sudah ada oksigen yang cukup dan ini akan menjadikan sistem pemikiran dan perasaan kita tenang semula. Barulah boleh fikir penyelesaian masalah kita dengan baik.
sumber
4) Inilah masa kamu untuk makan dengan gembiranya walaupun hati kamu sedang panas. Sikap ni sebenarnya tidak digalakkan sebab ini boleh menyumbang kepada kenaikan berat badan kamu. Tapi,  untuk kepuasan hati kamu sendiri, sila jangan dengar cakap orang lain. Ikutlah kata hati kamu. Makanlah kalau kamu rasa cara itu boleh melegakan hati kamu asalkan kamu tahu limitnya dan jangan lupa minum Bliss yougart lepas tu ^_^.

Orang lain boleh cakap nanti kamu gemuk tapi, yang menanggung sakit hati  masa tu adalah kamu. Jadi, be yourself. Aku, masa ni la makan aiskrim dan coklat dengan banyaknya sebab bagi aku dua makanan ni memang pengubat sakit hati yang paling sedap.^_^



sumber


5) Kalau kamu kaki shopping, apa lagi, ambil kunci kereta dan drift terus ke shopping complex yang kamu suka. Belilah barang yang kamu suka. Swipe saja kad kamu. hahaha. Aku bukan mengajar untuk boros tapi, kamu akan rasa betapa bahagianya bila dapat apa yang  sudah lama kamu idamkan. Sebab masa akal masih waras (tidak tertekan) kamu akan teragak-agak untuk beli barang tu. Tapi, dalam keadaan yang tertekan, apa yang kamu lakukan adalah untuk puaskan hati kamu. Psst, hujung bulan, jangan lupa bayar atau kamu akan lagi tertekan pula.
sumber
5) Berdoa dan solatlah. Tidak kira apa pun agama kita, masing-masing ada kepercayaan. Dirikan solat dan mohon doa supaya kamu diberikan ketenangan dan kesabaran untuk menghadapi dugaan hidup. Insyallah, Tuhan suka kepada hambaNYA yang selalu berdoa. Mudah-mudahan saja kamu selalu bahagia. Amin ^_^

sumber
Perkara lain yang kamu boleh buat ialah:



Pergi ke Opera Sunway Pyramid
Pada 30 July 2011
Jam 7 pm

Dan kamu tadahkan telinga kamu untuk dengar dari Projek Pistol, Estranged, MC Vibe, DJ Point dan Wicked Aura. Apa kata kamu rock n roll lagi sana ^_^. Yeah!

Kamu boleh dapat tiket percuma dengan dalam website ini :
@

4 comments:

  1. i geram/mara jek arini . hehe

    ReplyDelete
  2. laaa..ye ke? relax..calm down.mudah2an semua ok;D

    ReplyDelete
  3. ada lagi. lepak dengan kawan-kswan sambil mengutuk orang. hilang stress. HAHA

    ReplyDelete
  4. Numbur 1 la paling selalu saya buat kalau marah. Terus pasang lagu kuat-kuat dalam kereta ka, bilik ka. Kalau betul-betul stress, terus saya bawa kawan-kawan saya pigi karok (karaoke). Teriak kuat-kuat di dalam. Haha.

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...