Thursday, 11 August 2011

Aku anak jati desa


Sudah menjadi lumrah alam, bila manusia sudah bosan dengan kebisingan, mereka akan mencari ketenangan. Aku, kaum hawa yang suka akan ketenangan. Kehidupan anak kampung sudah sebati dalam diri. Aku adalah anak desa yang satu masa dulunya pernah disebat oleh mama kerana balik lewat dari mandi sungai dan berani-beraninya mandi di dalam tali air di tepi sawah.

Itu belum lagi cubitan kerana mencari siput di sungai dari petang hingga ke mahgrib bersama sepupu-sepupu aku yang salah seorang darinya ialah hot mama marina. Walhal,  alasan sebenar adalah mandi sungai. Sewaktu pulang, aku nampak mama menunggu  di luar rumah dengan muka yang marah. 

Okey, biarpun masa tu, aku terketar-ketar kesejukan, jari-jemari sudah mengecut, ya, mama dipersilakan untuk untuk mencubit paha mungil aku. Aku merelakan saja, sedar diri buat silap, berjalan sampai ke petang sampai lupa tanggungjawab untuk tolong mama setiap petang masak nasi dan kemas rumah. 

Bila musim padi masak, teringat waktu berlari-lari di sawah kejar burung pipit yang menghurung padi. Serak suara berteriak supaya pipit lari. Tapi, aku paling suka kalau ketuk tin yang digantung di tepi batas. Pipit terkejut dan lari laju-laju. Kalau ada pun yang degil tidak mahu lari, aku yakin pipit tu kebuluran tahap gaban. Kesian kau pipit, memang padi makanan kau tapi, agak-agaklah kalau makan tu, bagi tinggal juga sikit untuk aku dan keluarga. Kami tanam untuk dimakan sendiri. Kita bahagi-bahagi rezeki yang Tuhan bagi.

Satu persatu kenangan masa lalu aku cuba untuk ingat. Banyaknya tidak terhingga. Bila aku sudah semakin remaja seingat aku masa tu aku tingkatan 1, aku sudah tidak lagi  kerap bermain di sawah. Aku adalah penonton setia di tepi sawah. Melihat adik beradik pula yang berkejaran di tepi sawah. klisenya buat aku suka. Bila lintah melekat di kaki, berlari-lari anak sambil menjerit bagai orang gila untuk meminta perhatian supaya ada sesiapa yang boleh tanggalkan. Semakin dikuis, semakin ia melekat, bagi abu atau asap, barulah lintah tu tanggal. Tersenyum mama dan bapa untuk lihat keadaan tu.

Aku cuba lagi untuk mengingat kenangan. Kalau aku cerita lagi, memang berjela-jela panjang entri. Lain kali saja, kalau ada masa lapang lagi.  Kenangan ni banyak buat aku sedar akan indahnya ada desa dan sawah. Revolusi pertanian yang semakin maju sekurang-kurangnya mengikis tanggapan bahawa orang yang punya sawah padi tu miskin dan tidak punya apa-apa. Kalaulah saja mereka tahu, tanah sekarang semakin mahal. Dan jangan pernah lupa mana-mana orang kampung yang ada tanah berekar-ekar akan jadi jutawan satu hari nanti.


sawah di belakang rumah aku ^_^.  Di Kuching, aku tidak nampak pun Gunung Kinabalu ni. Tapi, di kampung, cun-cun belakang rumah. ^_^

rindunya aku untuk berada di kampung. 2 minggu lagi aku dan suami ada di kampung. Mama kata, padi  sudah di mesin dan sekarang dijemur untuk dikeringkan sebelum disimpan di dalam guni. Maknanya, makan beras barulah kami balik nanti.^_^

p/s jangan pernah lupa asal usul, biarpun sekarang, kamu sudah miliki segalanya. Jaga apa yang pernah kamu ada. Siapa sangka, satu hari nanti, ia menjadi kenangan terindah untuk kamu kenang hingga ke cucu cicit dan akhir hayat kamu. ^_^

7 comments:

  1. hm,kirim sikit beras baru sama si Aki.. ^_^.v..

    ReplyDelete
  2. wah..what a view!

    sejuk mata tingu pemandangan gunung kan..

    ReplyDelete
  3. hahahaha..kenangan terindah sap itu kak..petuun2 diam suang lagi..kepo2 muk suang sedi rumah mak awang,mana kawasan yang dalam dan deras di situlah menyelam dan main hanyut2..hahaha..uwaaa..aku rindu kenangan itu kak,Aku rindu view itu,aku rindu sawah padi itu,aku rindu sibor itu..aku rindu..aku rindu..aku rindu....raya ni aku mau pijak itu sibor kak..insyaALLAH.kak raya kedua aku mau dtg rumah..insyallah.

    ReplyDelete
  4. wah, aku mau beras baru? blh dikirim nnti klu mau.hihihi

    yen: mmg sejuk mata memandang;D

    arina:muahahhaa....klu jatuh di sibor, mmg gara-gara bana sab tito na.hahaha;D mandi sungai pan petun konon dokon ding duyung.hahahaa;D ba, nnti ko dtg aaah;D

    ReplyDelete
  5. Wah di ranau ka di tambunan ni kak? ehehe cantek! :D

    ReplyDelete
  6. eya,kenangan swaktu kanak2 mmg selalu mgamit perasaan...rindu sgt kngan dulu2 kak misya..=)

    ReplyDelete
  7. wahhh..cantiknya...aku tak pernah rasa hidup di kg. dekat sabah pun ada sawah eh, baru tau ni. nice view. teringin nak pergi! hehe

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...