Friday, 12 August 2011

Aku pun ada cemburu!

Bukan mudah untuk menafikan perasaan yang lahir dari hati. Kalau perasaan itu setakat perasaan marah, ia boleh dilihat dari sinar mata yang marah seperti singa yang mahu menerkam mangsa. Tapi, cemburu sukar dilihat dari wajah. Aku yang beranggapan begitu. Ada orang, kalau cemburu datang, marah. Ada orang kalau cemburu, diam saja. Mana satu pembawaan diri. Hanya diri sendiri yang tahu.

Beberapa kali aku cuba beristighfar, ingat Tuhan supaya menenangkan perasaan. Cemburu tandanya sayang. Tapi, usah cemburu melulu. Bukan saja tidak bagus untuk kesihatan dan perasaan tapi jika terlalu diturutkan, ia, boleh bikin hati penasaran.

Tidak perlu aku ulas berapa banyak kes gara-gara cemburu membawa mati. Sah, sah, cemburu tu besar kesannya. Kalau ada yang positif, Alhamdulillah, orang yang hadapinya nyata tegar dan kuat untuk bertahan. Ada cemburu membawa berjaya. ada juga cemburu yang bawa sengsara. Klisenya, ia juga seperti menarik rambut di dalam tepung. kalau cemburu, biar berpada-pada. Tidak perlu cemburu separuh nyawa seperti  umpama mati kerana perlu  diingat  di dalam hati, ujian ada di mana-mana dan cemburu itu juga ujian.

Makanya, aku rasa sekarang, aku sedang diuji. Tahap cemburu aku adakalanya tidak kalis peluru. Sebab hati aku ni senipis kulit bawang. Hanya kupas sedikit, silap-silap terkopak isinya. Benarlah, hati hawa cepat terusik. Padahal perkara tu kecil saja dan aku hanya perlu  mengucap banyak-banyak.

Bila perasaan sudah ok, terus terasa diri seperti bego'. Perkataan diambil dari sinetron indonesia. Kamu faham-fahamkan saja. Aku meluat betul tengok watak Alya dalam sinetron Amanah Dalam Cinta. Hebat dia dalam membawa watak sekejam itu. Berusaha mendapatkan c milo hingga katanya sanggup memotong kaki c milo asalkan mereka dapat bersama hingga ke akhir hayat. Ya, itu penangan cinta infiniti. Cemburunya tiada noktah. Aku perasan itu. Dunia memang menyimpan manusia sebegitu.

Berbalik kepada cemburu tadi, aku pun ada cemburu. Tipulah, kalau aku tidak ada rasa cemburu sebab suami jauh di mata. Aku berdoa. Yakin pada cinta yang ada. Teguh pada episod kasih sedekad yang lalu. Aku cemburu tanda aku sayang. Ya, betul. Aku tidak tipu.

sumber gambar

10 comments:

  1. Relax Kak.. CoOL.. ^_^.v.. Cemburu tu sebenarnya perasaan psikologi ja.. Kalau kita boleh kontrol,best.. Sebab,dengan cemburu ni lah sebenarnya menjadi pendorong kita untuk bergerak lebih,maju lebih n berhati-hati lebih!! ^_^.v.. Cuma,jangan salah ambil tindakan,sudah.. Hehe..

    ReplyDelete
  2. aki:tq aki atas kata2mu.btul jg tu tau.cemburu tu psikologi ja.hihihi.ok, ok, aku masih waras.mau tidur lama2 jak lepas ni;D

    ReplyDelete
  3. hehe..sy pun bha pndai jgk jeles dlm hubungan..
    klw nda jeles mcm ndada perasaan pula kan ?
    tp yala jgk jgn ja jeles melampau2 smpai kes bunuh2 sdh..hehe..

    btw, setuju jgk sm si Aki.. :)

    ReplyDelete
  4. sukur-sukur jo tek peeling semburu ea. mengilangkan boring bara jomo. haha

    ReplyDelete
  5. Echa:btul tu cha.jeles2 ni ada bagusnya jg ba;D kasi tunjuk yg kita syg sm dia.ehem.

    vidadarisakura:Hahaha.bana pan bara nu eh dik;D ai jeno un tungan namal sekali sekala;D

    ReplyDelete
  6. kak, saya pun bgitu, tapi bukan suami lah. hehe.
    apa yg kita leh wat dari jauh ne. segunung kepercayaan dan keyakinan kepada Allah agar menjaga buah hati kita. Yakin lah pada Allah, InsyaAllah kita yakin pada ketentuanNya. :)

    ~ maaf seandainya salah bicara.

    ReplyDelete
  7. Bermohon pada Allah, pasti Allah akan tolong. Suami akak pun mesti cemburu kan sebab isteri dia jauh di mata.. Berikan kepercayaan, kak mesti lebih kenal siapa suami kakak kan..

    ReplyDelete
  8. cahya:amin dik.moga saja Tuhan sllu dengar doa kita;D

    farah:insyallah..semua akan dipermudahkan.tetap percaya pada suami yg tercinta;D

    ReplyDelete
  9. Being Jealousy is in every human being is normal..Those who don't have a feeling like this is abnormal...Just let your jealousy in proper place..:)

    ReplyDelete
  10. cemburu perasaan yg normal,tp segalanya perlu ade had,jgn melampau2,tarik nafas dalam2,lepaskan perlahan2.................

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...