Tuesday, 23 August 2011

Antara momentum paling bahagia

Bertitikan airmata aku petang tadi. Sensitif betul aku seminggu dua ni.  Orang ambill jalan aku pun, aku boleh marah sampai mahu kejar orang tu semula. Dasar pendendam yang kadang-kadang susah untuk dikawal. 

Minggu lepas, bukan main tepuk tampar sayang dengan suami bila ada perkara yang buat aku geram. Tapi, tahu-tahulah kalau suami isteri ni, merajuk macamanapun, akan tetap terpujuk juga sebab dia lah emas, dia pertama. Itu asam garam perkongsian hidup yang perlu dirasa dan menjadikan hidup lebih ceria.

Macam yang aku taipkan tadi, jiwa aku bukan saja sensitif untuk sedih tapi mata pun menjadi sangat produktif untuk keluarkan air mata. Jiwa kacau betul.

23 hari dalam bulan Ramadhan. Tidak pernah dalam sehari tu, aku tidak terfikir, apalah menu keluarga aku di kampung? apalah menu adik-adik yang yang juga punya status merantau seperti aku. Setiap kali, aku call mereka dan tanya menu apa: jawapannya tentulah menu kegemaran yang aku tetap akan ambil dua kali walaupun aku sudah kenyang. Dan, itulah momentum paling bahagia sebagai seorang anak yang masih mengharapkan mama menyediakan makanan untuk diri sendiri.

Mama pernah kata: kalau mama tidak ada satu hari nanti, memang kelam kabut kamu semua. Kami semua senyum. Bahagia biarpun dileter sebab tunggu mama juga masak terutamanya untuk sarapan pagi. Kamu akan rasa beruntung bila bangun saja, makanan sudah tersaji di atas meja makan sebab masa tu kamu bangun jam 10 pagi. Ketara sangat, lepas subuh tidur semula. Mana rezeki mahu melekat.

Bila mereka tiada di depan mata, apapun menu yang aku beli dan masak di sini, aku akan ingat mereka juga. Lain rasanya kalau aku makan punya sedap di sini tapi, mereka makan kurang sedap di sana. Tapi, aku gerenti setiap masakan yang mama masak tetap no.1 di hati kami.

Klisenya, aku tetap akan terasa bila dapat tahu menu kami adik beradik berbeza-beza.

Sebab tu aku suka kami kumpul ramai-ramai di rumah dan tidak terpisah-pisah supaya boleh makan lauk pauk sama-sama. 

Hari Jumaat bolehlah langsaikan semua hajat ni.

Dada terus berkobar-kobar, haih. Penantian satu penyeksaan untuk Hari Jumaat ni.

google


4 comments:

  1. lala pun agak emosi 2,3 hari ni . sng jer nak ngis , sng jer nak marah orng . :( , xsuke xcmni

    ReplyDelete
  2. yeah... sis Misya mo balik KB sudah.. ^_^.v..

    ReplyDelete
  3. sabar misya..tida lama lg hari raya :D

    ReplyDelete
  4. lala:laaa..samalah emosi kita dear...padahal bukan ada bendera jepoon pun.hahha'

    aki:ehem.kesukaan sdh ni ki;D

    yen:haduiii, cant wait ba;D

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...