Thursday, 4 August 2011

Baru tahu, aku bukan tabah mana pun

Bukannya senang untuk menahan perasaan supaya tidak bersikap hipokrit. Mungkin di hadapan orang lain bolehlah berlagak kuat dan tabah tapi, bila cermin diri baru tahu yang diri tidaklah setabah mana.

3 hari menahan rasa, jatuh juga akhirnya titik mutiara airmata tu bila sungkai seorang. Perit betul rasanya macam ni. Teringat suami yang jauh dan keluarga di kampung. Berhenti makan dan lap airmata yang jatuh. Bukannya itu tandanya sudah tidak kuat lagi? Sakit.

Setabah dan sekuat mana pun perasaan aku, kalau rasa itu tertinggal pada rasa suami dan keluarga, luluh juga perasaan di hujungnya. Mungkin ini salah satu cabaran puasa yang aku terpaksa tanggung. Bersedia untuk merasa andai aku tidak punya sesiapa di dunia ini lagi, beginilah aku juga. Sendiri dan sepi.

Belum habis air mata jatuh, suami hantar mesej. Adik di kampung pun hantar mesej. Seolah-olah mengerti yang aku sedang ingat mereka dan mengharapkan mereka ada di sisi.

Tuhan yang Maha Pemurah, beri aku rasa sabar dan rasa tawakal. Amin.



4 comments:

  1. beruntungnya,baru sedih2 kena sms.. hehe.. ada hikmah semua tu kak.. ^_^.v..

    ReplyDelete
  2. Sabar banyak-banyak ah kak. Doa banyak-banyak. Kami yang membaca ni akan tolong doa sama-sama. ;)

    p/s: Ada pengumuman penting di latest entry saya, di SINI. ;)

    ReplyDelete
  3. tabah ye kak misya,,kat mana yang sama H.J tu?haha

    ReplyDelete
  4. sabar la sis.samalah fara pun kira jauh juga lah dari family..fara kat lawas family kat tuaran.. nasib ada kawan2 cover jugak lah perasaan tu sikit2.. raya nanti balik lah..

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...