Saturday, 27 August 2011

Bersyukurlah kerana masih ada yang sayang

Sang perantau sudah kembali ke tanah tumpah darahnya. Kepenatan tetap ada tapi riangnya hati menyedut udara kampung menghilangkan rasa penat yang ada. Disambut dengan senyuman dan aku rasa adengan yang aku paling suka ialah sahur tadi aku makan masakan mama tanpa aku perlu bangun memasak. 

Ini bukan anak yang tidak kasihankan mama sendiri tapi itulah nikmat menjadi perantau. Asal balik saja, boleh bermanja seperti puteri raja padahal sudah pun jadi isteri orang. Oh, di mana kan ku cari ganti, mama sepertinya. Mudah-mudahan dia selalu dipanjangkan umur dan aku masih boleh terus memenuhi kehendaknya selagi aku terdaya ^_^.

Hajat hari ini kononnya mahu mengemas rumah. Tapi, macam biasalah kalau hawa keluar membeli barang-barang, bukan hawa namanya kalau setakat 30 minit. Mahu juga sejam dua. Akhirnya, mengemas rumah tertangguh lagi sebab banyaknya senarai barang yang perlu dibeli sebagai keperluan dan hanya sedikit kehendak.
google
Keperluan yang aku maksudnya ialah, minyak, garam, gula, bawang  dan bla-bla. Jangan kata downy itu keperluan, itu adalah kehendak bagi aku. Tapi, aku masukkan juga dalam list barang dapur sebab mungkin suka dengan iklan ' owwwh, saya tak pakai minyak wanggi' dengan suara yang tulus itu. 

Selalu, suami mengajuk cara model tu bercakap bila bajunya aku basuhkan dengan downy. hahaha. Tapi, betul. Kalau pakai benda tu termasuk Soflan, baju jadi lembut dan tidaklah payah sangat untuk dilicinkan guna sterika. Terima kasih downy dan soflan.^_^

Untuk memenuhi kehendak pula, aku beli juga kain satin untuk buat selendang. Rasanya boleh berjimat dari beli siap yang dijual mahal. Kononnya mahu kelihatan anggun di aidilfitri. Ehem, berdebar juga rasanya beraya kali pertama bersama keluarga suami. Harap-haraplah nanti, pagi raya tu, adengan air mata tidak berlebih-lebih sebab kenangkan keluarga di kampung. 

Dan, bila aku tidak dapat update blog semalam, ada  pengajaran yang aku kutip sejauh perjalanan aku dari Kuching-Kota Kinabalu-Kota Belud. 

Pengajaran yang aku maksudkan ialah, perjalanan jauh memang memenatkan tapi, sepanjang perjalanan, ia mengajar aku untuk selalu bersyukur kerana masih ada yang menunggu kepulangan aku dan suami setiap kali ada hari istimewa begini. Bagaimana pula dengan mereka yang tiada keluarga lagi atau paling mudah, mereka yang kehilangan ahli keluarga di bulan ramadhan ini? 

Hmm, Semoga mereka diberikan kegembiraaan walau dalam hati hanya Tuhan yang tahu.
google ( haiwan pun pandai berkasih sayang)  




1 comment:

  1. waaa emak masak knnn
    nk jadi cam akak jugak lahh..
    haha!..tu ar klo dah shopingg grrr...
    kak..rumah sy di sepanggar kk..
    jemput dtg ar!! haha

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...