Sunday, 14 August 2011

Bila hanya ada 2 pilihan

Kesibukan mengurus pelbagai hal semalam membantutkan keinginan untuk post entri. Adalah menjadi satu target aku untuk membuat sekurang-kurangnya satu entri satu hari. Macam 1 Malaysia pula. Tapi, semalam kesibukan mengatasi segalanya. 

Dari pagi ke petang mengurus hal: baiki kereta suami, hantar barang kawan, buat cop untuk sekolah, ambil baju raya, bayar kad kredit, ambil LPO ink printer suami dan ambil baju yang ditempah. Bila semuanya bukan satu tempat, kepenatan datang mengasak-gasak walaupun hanya jadi penumpang di dalam kereta. Panas bukan main betul-betul duga rasa untuk terus bertahan hingga ke petang.

Muka aku yang penat mula dikesan oleh suami. Balik rumah dan tidur sekejap tapi keluar lagi untuk ambil kereta suami. 6 jam kereta tu diganti sana sini gara-gara perjalanan jauh suami untuk bertemu aku. Dalam keadaan ni, aku mahu saja yang esok aku sudah serumah dengan suami. Tidak perlulah dia driving berjam-jam setiap minggu. 

Aku berharap sangat ada keajaiban berlaku supaya ada surat tukar atas meja aku hari Isnin. Mungkin.  aku berharap mendapat keajaiban yang seperti yang dimiliki oleh Lola dalam drama bella. Tiba-tiba saja si kacak marcello dan emaknya berjaya menjumpai dia selepas dia tiada pengharapan lagi. Daripada rupa seperti hantu dan bau busuk bangkai tu, tiba-tiba jadi secantik bidadari selepas berjam-jam dimandikan. Sekejap lagi, c Marcello ni pula akan bercinta dengan c Lola. Oh, Kamu sangat beruntung lola!

Sudah, sudah dengan cerita Lola. Aku sambung semula cerita kesibukan itu tadi. Gara-gara kesibukan dari pagi ke petang, aku bawa suami take away saja di KFC untuk berbuka.  Sepanjang driving ke KFC, ada 4 kali aku hon kereta orang. Aku  pantang kalau orang yang berhentikan kereta di tengah jalan secara tiba-tiba untuk turunkan orang padahal itu bukan tempat berhenti pun. Itu belum lagi dengan pandu kereta 20km sedangkan dia tahu ada banyak kereta di belakang dan di hadapan dia kosong. Bengang!

Masuk KFC, oklah sebab orang tidaklah ramai sangat. Order Set Snack Plate 2 dan  Cheezy Wedges. Tapi,  ayam spicy habis lah pula. Yang ada ayam original dan seketul spicy.  Kena tunggu 15 minit lagi untuk masak. Boleh tunggu tapi hutang dengan Tuhan belum lagi dibuat. Solat Asar. Suami kata: ambil saja yang original. Terus terang, aku tidak suka original ni. Rasa mahu nangis bila dapat original. Entah, sikap aku petang semalam sensitif gila. Ayam spicy pun mahu ditangiskan!

Mujur, dia memahami. Rupanya ada ayam spicy seketul tu dimasukkan di dalam box. Itu untuk aku kata suami. Terasa mahu peluk dia kuat-kuat. Terima kasih, sayang!. 

Kemudian aku fikir semula, bila hanya ada 2 pilihan untuk kamu, sama ada memilih untuk  tunggu KFC 15 minit atau menghadap Tuhan. Mungkin ada yang kata: alang-alang tunggu saja lah. Tapi, kadang-kadang kita lupa, yang ajal maut tu di tangan Tuhan. Kalau lah saja, belum sempat hulur duit kepada cashier, lalu Tuhan cabut nyawa masa tu juga. Maka, masa tu, tiada lagi, alang-alang untuk kita.


Pilih dengan hati bukan dengan mata


3 comments:

  1. klu hanya ada dua pilihan,dan situasi nya pula spti situasi kak d atas,sdh tentu sy akn pilih mghadap tuhan kak...

    betul tu..ajal maut d tgan tuhan...takut bila dgr ayat ni kak..=(

    ReplyDelete
  2. Azean;begitula hidup dik, sllu ada pilihan.terpulang pada kita utk bt yg mana satu.;D.

    ReplyDelete
  3. Kalau si Aki,si Aki akan pilih 2-2.. Cari tempat yang terdekat untuk berbakti kepada Tuhan,sambil suruh dia sedia,cakap,saya akan ambil nanti.. ^_^.v.. Cmana??

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...