Monday, 8 August 2011

Bonus setengah bulan gaji untuk kakitangan awam dan RM500 untuk pesara akan dibayar pertengahan bulan Ogos 2011

Alhamdulillah. Doa makbul juga. Ada bonus untuk raya ni dari kerajaan Malaysia. Tq very much untuk PM ^_^. Gembiranya hati. Rasa nak melonjak-lonjak saja.^_^. Sumber pertama tadi aku dapat dari cikgu dahlia. Lepas baca, untuk buat rasa lebih teruja, aku buka fb, c Aki  ada share dalam fb tentang berita bonus ni. 

Sila baca untuk lebih memahami: Sumber BERNAMA


KUALA LUMPUR 8 Ogos – Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran 
minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut 
Hari Raya Aidilfitri.

P/S masa aku post entri ni, aku tengah dengar dari berita TV 3 tentang pembayaran bonus ni. Alhamdulillah. Ehem. Aku pun kira juga tangga gaji sudah berapa. ^_^ 

No comments:

Post a Comment

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...