Sunday, 21 August 2011

Cinta tu perlu juga dilepaskan bila perlu.


Entah, ayat aku seakan-akan hilang sehari dua ni. Susah betul untuk menaip melahirkan setiap rasa yang ada dalam diri. Dalam blog, hanya 10 % yang diceritakan tentang hidup realiti. Tidak perlu telus sangat. Sebab, privacy tu perlu untuk diri sendiri.

Dua tiga hari ni, macam perkara yang beri pengajaran untuk aku. Bila ada anak murid yang meluahkan rasa kecewa ditinggalkan sang kekasih, aku faham walau aku ada gelak juga. Mana mungkin seawal umur 12 tahun mengenal apa itu erti cinta yang paling jujur dan tulus. Adat cinta memang begitu, ada masa sedih, ada masa kecewa, merana dan terluka. 

Sebagai seorang yang memegang profesi untuk membimbing klien memahami diri dan alam sekelilingnya serta mewujudkan perubahan tingkah laku pada individu tersebut, aku perlu berhati-hati dalam setiap kata. Anak murid yang merupakan klien aku perlukan telinga untuk mendengar setiap alasan mereka tidak kiralah munasabah atau tidak.

Itulah sebabnya, aku tidak boleh terus marah walaupun sebenarnya kalau diikutkan hati, aku akan katakan dengan mereka, jangan pernah bercinta kalau umur masih setahun anak jagung. Belum lagi sampai ke tahap jagung pun kalau masih 12 tahun.

Aku perlu berikan mereka peluang untuk menjelaskan semua perkara yang berlaku. Bila cinta putus di tengah jalan, sudah pasti pelajaran pun terganggu. Buka buku, hanya muka si dia yang ada. Bagaimana untuk belajar dengan baik kalau beginilah penangan cinta yang bikin hati sengsara. 

Aku sudah kata, lupakan saja lelaki brengsek itu. Fokus kepada pelajaran. U're deserved for a better person. Jadi, tidak perlulah terkejar-kejar lelaki yang tidak pernah hargai kamu. Aku belajar dari pengalaman dan berani untuk mengatakan, jika seseorang itu benar-benar sayangkan kamu, dia tidak akan pernah cuba untuk sakiti hati kamu. Dia akan jaga kamu sebaik mungkin sedaya yang dia mampu. Betul.

Persetankah lelaki yang kononnya sayang kamu walhal di belakang kamu, dia beromen segala. Maaf aku menulis sebagai rasa hati yang sebal bila si budak kecil itu meluahkan rasa. Ia seperti orang dewasa yang sudah terlalu arif tentang cinta. Apa yang kamu tahu tentang cinta. Kalau kamu mahu tahu, bila kamu sudah mula jatuh cinta dan menyintai bermakna kamu kena bersedia untuk tanggung apa juga risiko sakit, pedih, suka, sayang dan merana sekalipun. 

Paling penting, kamu kena selalu bersedia untuk berpisah. Bukan bermakna kamu mendoakan kamu dan dia untuk berpisah tapi bercinta itu satu risiko, bersedialah untuk menerima apa saja kemungkinan yang berlaku agar hati kamu tidak terlalu merana nanti.

Kamu kata kamu terlalu sayangkan dan tidak mahu lepaskan dia begitu saja. Hei, wake up. Jangan jadi bodoh kerana cinta. Cinta tu memang perlu dicari, tapi, ada juga masanya cinta tu perlu dilepaskan pergi bila ia sudah tiada lagi di hati. Relakan saja dia pergi dengan cinta baru yang kononnya cinta abadi yang ditunggu-tunggu selama ini.

Hancurkan setiap rasa sayang yang ada dalam diri. Kalau dia tidak hargai diri kamu, siapa lagi yang akan hargai kamu? cubalah untuk bertanggungjawab pada diri sendiri. Bersedih dan terus bersedih hingga memudaratkan diri makin buat diri kamu rasa terbuang dan si dia pula semakin bahagia di sana tanpa memikirkan tentang kamu. Itu tidak adil, bukan?

Jadi, jadilah diri sendiri yang sayangkan diri lebih dari kamu sayangkan yang lain. Sebab tu lah orang tua selalu kata: sayang tu berpada-pada. Jangan menyayangi seseorang lebih dari kamu sayangkan diri kamu. Kalau kamu berbuat begitu, akibatnya tanggunglah sendiri. Hilang dia, kamu terus patah hati macam saja dialah yang paling utama dalam hidup ini bagi kamu. Seolah-olah kamu tiada Tuhan, keluarga dan kawan-kawan sehingga kamu melupakan bahawa ada lagi perkara penting lain selain meratapi kekecewaan yang dia bagi dengan kamu.

Tolonglah, bina keyakinan diri. Setiap kali perkara macam ni berlaku, orang akan kata ada HIKMAH di sebaliknya. Hikmah tu ada cuba kamu yang masih membutakan mata untuk melihatnya. Mungkin Tuhan tu takdirkan kamu untuk tidak bersama lagi sebab kalau kamu masih bersama, mana tahu ada perkara buruk yang akan berlaku terhadap kamu berdua nanti. Siapa tahu kan? 

Sebab Tuhan tu sudah ada perancangan yang sangat cantik dan rapi untuk kita sebelum kita lahir lagi. Percayalah pada Kekuasaan Tuhan. Tidak ada satu pun perkara di dunia ni yang dijadikan sia-sia walaupun hanya seekor ulat gonggok atau seekor semut. Ia bukan dicipta suka-suka. Ada sebab yang kukuh dan samala juga dengan apa pun yang berlaku dalam hidup kita. Tidak ada kebetulan. Semua itu sudah ditakdirkan.

Belajarlah untuk hidup menerima takdir dengan hati terbuka. Sedih tu sedih juga. Tapi, janganlah sampai berminggu-minggu dan semua kerja pun tidak siap. Itu namanya menzalimi diri sendiri. Itu lagi lah Tuhan murka.

Katakan saja dengan hati: Ya Allah, tabahkan hatiku. Bersihkan hatiku dari bersikap tidak redha terhadap takdir-Mu. Kerana, aku tidak mampu mencari Tuhan selain Engkau sekiranya aku tidak redha dengan ketentuan-MU.

InsyaAllah. Dia Maha Mendengar setiap bisikan jiwa hamba-Nya yang teraniaya.


kalau kecewa, pakai warna merah untuk buat kamu gembira walau ada sendu di dalam hati. ^_^


13 comments:

  1. cintai diri sendiri sebelum mencintai orang lain.. cintai lah penciptaMu sebelum engkau menciptai makhluk yang diciptakannya.. mohon lah padaNya agar dipertemukan makhlukNya yang terbaik untuk dirimu.. :) cinta tak selalunya memiliki, jangan pernah menyalahkan cinta, kerana cinta itu suci, manusia yang menodai kesucian cinta.. :) jangan jadi hamba kepada cinta, jadilah tuan kepada cinta :)

    ReplyDelete
  2. yeehaaa.. :-p.. c Kakak juga la.. mantap macam biasa.. si Aki nda pandai oh olah ayat seserius si kakak... hm,anyway,budak2 skrg maju sudah kak,jangan kasi sama macam kita dulu.. durang kici2 lagi sudah tau becinta tu skrg.. yang perempuan la kebanyakkan.. tapi kalau lelaki.... ehem ehem.. hahahaha..

    ReplyDelete
  3. Apa lah budak2 ni.
    Tiada guna bersedih gila2 kalau putus cinta. Cool la.
    Sembahyang, doa.
    Senang2 cari jak lain. Ramai lg org lain. X pyh menangis .

    ReplyDelete
  4. betul tu...x perlu hilang pertimbangan kerana cinta..
    pernah beberapa kali putus cinta tapijuz fikir positif je..bukan jodoh =)

    ReplyDelete
  5. suke sgt entry ney kak . da dua kali kot bace . <3

    ReplyDelete
  6. queen: ya..cinta bukan bermakna memiliki;D

    aki:hahaha.ko dr cinta ba ki.;D. prmpuan lbh emosi kali kan ki.mudah2 jatuh cinta.hahaha

    cinoi:ampun mcm tu la perangai dorg skrg.bercinta sakan bah.

    shalley:mmg bagus bila positif.emosi akan lbh stabil;D

    lala:ye ke? hihi tq;D

    ReplyDelete
  7. i like this! yeap, cintai diri sendiri dlu sebelum cintai org lain, kenal diri sendiri dlu sblum kenal org lain...cinta yg melalaikan & merosakkan xda guna. thx sbb share...pengajaran utk sy jg :)

    ReplyDelete
  8. semat o ayat ko misya..canggih n tersusun..tidak sia2 jadi cigu ni..:p

    ReplyDelete
  9. aemy:u r welcome dear.sharing is caring.klu sdh cinta diri, surely tidak akan terlalu frust klu ditinggalkan kekasih;D

    syazwan;x apa,satu hari nnti, akan ada penglamn;D

    yen: eh, pndai2 jak ko yen.biasa2 jak ni;D

    ReplyDelete
  10. like entry ne sgt2...not all kta mau akan jadi milik kita...and benda tu sma jg dlm bercinta..:)

    ReplyDelete
  11. fie:tq very much fie, kita kena terima jg apapun rasa dlm hidup;D

    ReplyDelete
  12. setuju..cinta perlu dilepaskan bila terasa diri sudah tidak dihargai dan diperlukan...
    dilepaskan bukan kerana membenci, tetapi kerana menghargai diri sendiri..

    -sudah 5 kali putus cinta, but still going strong-

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...