Monday, 8 August 2011

Diet dengan kurma: mengurangkan sebanyak 3470 kalori hanya dengan sebiji kurma!

Pagi tadi, ada kertas kuning atas meja. Hmm, rupanya nota kecil tentang kelebihan kurma yang diselitkan oleh guru praktikal di sekolah. Terima kasih Ustaz Awang. Dia ni duduk sebelah meja aku jadi, komunikasi kami selalu agak rancak. Plus, dia pun orang Sabah, jadi, bila jumpa dengan orang yang punya bahasa sama memang rasa luar biasa. Boleh bercakap tanpa ada tapisan sebab tidak perlu kerut dahi bila tidak apa yang yang diucap.

* Clap ur hand* ^_^*

Jadi di sini, aku kongsikan sekali dengan pembaca blog ni tentang kelebihan kurma berdasarkan dari apa yang Awang ringkaskan dalam nota tu ialah :

1) Kurma dapat mencegah penyakit kronik seperti penyakit jantung dan kencing manis selain menyihatkan sel darah merah.

2) Kurma juga boleh mencegah dan merawat sembelit, lemah otot, lesu, barah usus besar dan sengal-sengal badan.
3) Untuk yang berdiet, kalau makan kurma, ia boleh mengurangkan sebanyak 3,470 kalori hanya dengan sebiji kurma!

4) Kurma mengandungi vitamin A, Tiamin, Potasium, Riboflavin, Niasin dan Kalium dalam jumlah yang besar.

5) Kurma juga mengandungi Zat besi, vitamin B, Asam Nikotinat ( yang baik untuk usus) dan jumlah serat yang memadai.

6) Dalam setiap 100 gram kurma kering, terkandung vitamin A 50 IU, Tiamin 0.09 miligram (mg), riboflavin 0.10 mg, Niasin 2.20mg dan kalium 666mg. Zat-zat gizi ini berfungsi membantu melepaskan tenaga, menjaga kulit dan saraf agar tetap sihat serta untuk fungsi jantung.

sumber gambar


1 comment:

  1. OK,mo p beli kurma lepas ni.. hahahhaa.. diet!! ^_^.v..

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...