Wednesday, 10 August 2011

Hitam putih, warna warni hidup

Panas juga rasa hati bila line internet kadang-kadang macam siput. Sekejap ada sekejap tiada. Since pindah ke tempat baru ni bulan Januari yang lepas, dari hari pertama hinggalah ke 2 hari yang lepas, line selalu cantik tapi since 2 hari ni, line broadband ni teruk sangat. HSDPA tapi tiba-tiba saja disconnected. Aku tidak faham dengan dunia internet yang serba canggih ni.

Aku pernah juga terdengar yang kelajuan line internet di Malaysia hanyalah setakat  kelajuan internet di sekolah-sekolah yang terdapat di Korea. Maknanya, kelajuan internet di Korea jauh lagi laju berganda-ganda dari di tempat kita. Entah benar, entah tidak, aku pun kurang pasti. 

Tapi, yang aku pasti, line internet yang slow ni buat ramai kawan di sekolah tertekan sebab mereka tidak dapat online sistem SAPS yang perlu dikemaskini oleh cikgu-cikgu di seluruh Malaysia. Mungkin juga, ada ramai cikgu yang tinggal di perumahan aku ni, pasal tu la, line internet pun kena berbagi-bagi. Mungkinlah! Ni untuk sedapkan hati. Aku tiada hati untuk memaki sekarang.


Habis denga pendahuluan 3 perenggan, aku sebenarnya amat menyintai warna putih. Aku pun tidak pasti  kenapa aku suka dengan warna ni. Obses dengan warna putih ni makin menjadi-jadi bila kebanyakkan baju, beg dan kasut aku warna putih. Tapi, kebelakangan ni, aku menjadi sangat berhati-hati dengan warna putih. 

Tahun 2009
Rasa tidak selamat ni menjadi-jadi bila, aku sudah mula bermain dengan warna. Memandangkan kebanyakkan baju aku warna putih jadi, aku berusaha untuk berjinak-jinak dengan warna-warni sejak tahun lepas. Lama-lama aku jadi suka biarpun, aku rasa seperti kanak-kanak riang yang bertopeng kerana tidak lama lagi umur bertambah ke 29 tahun. 

Dan semalam semasa menonton rancangan Ana Lulu, aku macam tersindir bila perempuan desperate yang mahukan bapa c Kiki tu gelar Ana Lulu sebagai perempuan Krayon. Ya la, dressing Ana Lulu tu warna-warni macam aku ni.




Gambar semasa lunch sempena hari guru yang lepas
Suami kata: pakaian aku ni fancy gila. Aku senyum saja bila dia cakap macam tu. Setakat ni, dialah adalah menjadi tukang komen dan tukang rasa masakan aku. Kalau kurang selesa di mata dan kurang enak di mulut, adalah tu teguran dia. Ada masa aku terdiam juga bila ada teguran tapi, aku ambil positive side. Buat penambahbaikan di lain masa.

Macam yang aku sudah taip tadi, sekarang aku sudah mula berhati-hati dengan warna putih. Bukan apa, since aku sudah baju yang warna-warni, kadang-kadang aku lupa dan bila membasuh, aku rendamkan sekali yang putih dan warna-warni. Bila sudah rendam sekali, luntur lah jadinya. Setakat ni, baju koprat sekolah, 4 shawl kesayangan dan 4 baju putih kesayangan sudah bertukar warna. Berapa kali sudah Penolong Kanan tegur baju aku tu. Aku jawab saja dengan selamba: baju saya luntur.

Tapi, walau sudah terkena banyak kali, aku masih lagi menyukai warna putih semacamana aku menyukai warna hijau. Bila aku fikir-fikir, hidup pun macam kain berwarna putih. Bila ada masanya kita cuba untuk mencuba sesuatu dan menokok tambah dalam hidup supaya lebih cantik, kita jangan pernah lupa asal-usul kita. Tetapkan hati biar macamana pun dugaan datang mengacau jiwa. Berdoa selalu. Mudah-mudahan Tuhan permudahkan semua urusan kita. Amin.


Aku promote  pencil eyebrow ZA warna kelabu. Senang untuk dipakai. ^_^




8 comments:

  1. aku perna ba try kaler yang gelap nda ngam ni d keningku..warna coklat yg soft sj itupun susa mo dpt selalunya ended up aku guna eyeshadow ja jadi pewarna brow ku btw aku suka warnawarna ceria sbb dlm gmbr nampak cantik :)

    ReplyDelete
  2. betul tu kak misya,susah betul line internet skrg,ntah knapa sdh kan?..

    anyway,you're sweet kak misya!suka tgok senyuman kak...manis gitu..hee...

    ReplyDelete
  3. aima: samalah ma, aku pun pernah try jg warna yg gelap utk kening aku,tp, mcm org tua ku rasa.jd, aku cubala warna kelabu lembut sbb masa kawin aritu mak andam aku guna kaler ni.ngam pula.jd aku bli la za ni..ko cuba try ma.lembut ja ni ma.sng ja kena paki.mcm ori jak tu kening nmpk.;D
    ya, btul tu klu dlm gmbr,mmg cantik warna warni;D

    azean:solat terawih ba kali org yg keja di broadband tu.sbb tu x cukup tenaga kerja.hihi.
    ehem.sweet la konon tu dik.ko pun sweet jg ba.putih gebu gitu;D

    ReplyDelete
  4. Oh,memang line internet down.. 3 ari sudah ni.. semua provider.. tia tau apa masalah.. tapi,memang betul,luar negara punya internet semua laju2.. Malaysia terlalu slow..

    ReplyDelete
  5. ieda pakai broadban lg la lembam macam siput! ok ape krayon baru ceria kan....

    ReplyDelete
  6. putih itu suci. tp aku tak boleh pakai baju kaler putih nnt cepat comot sbb aku lasak. haha

    ReplyDelete
  7. hi kak,
    visiting :)

    p/s: me follow.. :p

    ReplyDelete
  8. aki: oh, ingatkan di sini ja internet lembab ki.sana pun begitu jg pula.menyusahkan btul bila benda ni jadi kan ki.;D


    ieda:kena tuakr jd arnab la ni baru laju.hihi

    hana: hihihi. si lasak yang cantik.^_^. pakai saja hana, insyAllah, suci akan tetap suci biar lasak pun.;D pakai je clorox;;D

    Yen:tq ye, dtg lagi aaaa

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...