Friday, 12 August 2011

I call it a gift for my husband


Dalam hubungan, kena ada  toleransi, hormat menghormati, jujur, saling memahami, saling memberi dan menerima. Bila hidup kita memberi, akan ada yang akan menerima.

Begitu juga aku. Aku mula perasan yang sejak berkahwin ni, suami banyak memberi untuk aku. Kadang-kadang, aku dapat rasa juga yang ada masanya dia akan ketepikan kemahuannya semata-mata untuk bagi apa yang aku mahu. Jauh di sudut hati, Alhamdulillah, dia tahu dan tunaikan tanggungjawabnya untuk aku tanpa berbelah bagi.

5 bulan berkongsi hidup, setiap yang kurang saling dilengkapi. Tulang rusuknya yang hilang ada pada diri aku dan ia menyempurnakan kehidupan anak cucu Adam dan Hawa. Bila hidup sudah saling memberi dan menerima, selalu ada yang indah untuk dihadapi bersama.

Jadi, aku ingin memberi sesuatu ini untuk suami. Aku sudah siapkannya di dalam kotak comel ini. Harap dia suka. Memberi untuk suami yang selalu buat hati isteri umpama ada bunga di dalam taman. Inspirasi ni aku dapat sebab minggu lepas aku minta beli sesuatu dengan dia, dia pula tanpa soal, angguk ya. Terima kasih, sayang.^_^


Love is Cinta
p/s  Sekejap lagi dia sampai. Box ini sudah tersedia di atas meja. ^_^

10 comments:

  1. hak2... gambatee kak.. :)

    si suami mesti suka punya.

    ReplyDelete
  2. waaaa mesti suami akak nnti
    tersenyum x hingat nye lahh..
    waaaa..terharu bace..
    nk kawen jugak lah mcm gini..
    hehehe

    ReplyDelete
  3. aiseh!! ngam tu kak.. sila2.. ^_^.v..

    ReplyDelete
  4. kak misya,sy doakan pkahwinan akak akan sntsa di sulami dgn kasih sayang dan di redhai Allah...

    kesah akak ni buat sy terasa seperti mau kahwin!!OMG!!haha..

    ReplyDelete
  5. Cahya:ehem.ehem.ternyata dia gembira dik;;D

    nurulfarid:hahahaha..ok, ok, cepat2 kahwin;D

    aki: maka, sudah bg dia dan dia gembira;D

    hamzah:hihii..ya,that is!

    azean: amin.terima kasih byk2 dik;D.Bah, klu sdh abis bljr nnti, dpt keja,kawen cpt;D

    lala:hihi..tq dear;D

    ReplyDelete
  6. ihik macam aku pulak yang tidak sabar mau buka dan mau tau isi di dalamnya kak..hahaha. yan ka ea a..hehe

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...