Wednesday, 10 August 2011

~ Impian keluarga bahagia ~

Kata orang, lukisan adalah satu seni yang boleh mengambarkan sikap atau isi hati seseorang.  Kreativiti yang lahir dalam lukisan sebenarnya ada yang lahir dari hati kecil yang ikhlas dan minda yang bebas. Apa yang tersimpan dalam hati, terbayang dalam minda, itu juga yang ada akan dilukis di atas kertas lukisan.

Perbezaan yang jelas dapat dilihat dengan lukisan seseorang. Sebab tu lah, aku suka untuk mengasah kreativiti murid terutamanya yang tahun 1 cara mereka menggunakan kreativiti sangat mengsyikkan.

Aku cuma beri mereka kebebasan berkarya seperti apa aku aku buat dalam blog. Kebebasan untuk menaip setiap apa yang ada dalam hati. Aku bagi mereka tajuk 'kartun yang paling saya suka'. Ehem. Hasilnya memang mengkagumkan. Bagi aku ia bukan klise. Lukisan mereka ada seni. Dan aku rasa kalau mereka dilatih untuk menghasilkan karya sendiri, pasti mereka boleh jadikan ini sebagai satu kerjaya.

Dalam 39 orang, aku pilih ini yang terbaik dari sudut biru mata hitamku.


Biarpun klisenya terletak pada mahkota tu tapi, lukisan ni tetap comel ^_^

Aku rasa mahu ketawa tengok gambar ni, Tapi, aku suka dengan warna yang budak ni letak. Tangan di depa tu buat aku gelak besar ^_^

Yang ini, seperti di lukis tekap kan? tapi, hakikatnya tidak. Budak ni lukis apa yang ada di dalam buku BM dia.  Cantik ^_^



Pernah tidak kamu berangan untuk bertemu Prince Charming kamu dan kamu berkahwin dengan dia? hahaha. Inilah salah satu contohnya.^_^. Budak ni dapat inspirasi dari Barbie, rasanya.^_^
Ehem. ehem.
Lukisan yang aku lukis sendiri. Tengok gambar dan itulah impian yang ada dalam hati. ^_^ 

Ada masanya, aku rasa aku tidak dapat untuk menjadi telus dalam penulisan. Jadi, aku akan melukis rasa itu. Mudah-mudahan saja rasa yang ditulis di atas kertas akan jadi kenyataan dalam dunia realiti. Menyimpan rasa  yang kamu inginkan mungkin boleh buat kamu terus bersemangat dalam hidup. 

Siapa kata, berangan itu membuang masa? Aku adalah wanita pertama yang menyangkalnya. Bagi aku, asal kamu ada angan-angan dan kamu berusaha untuk mendapatkannya,  Ya, kamu sudah berada di landasan yang betul. Teruskan usaha kamu untuk jadikan angan-angan kamu jadi kenyataan. Anggap saja ia sudah ada di depan mata kerana itu akan buat kamu lebih teruja untuk berusaha hingga ia jadi milik kamu.

p/s luahkan impian kamu melalui lukisan kalau kamu tidak mahu untuk menulisnya.

3 comments:

  1. so creative they are kak misya!!!

    i like kids,so cute and i like to teach them...its amused us right kak misya?=)

    ReplyDelete
  2. yes, they are azean.jeles wowww.;D
    they are so unique & its amused us;D

    ReplyDelete
  3. lukisan no-2 tu sailormoon bah kali tu kak..haha..matai,lurus bana sap tangan ni.bok ni orop2 meluak kuasa tek kono a diam imiginasi ni..hahaha.comel2 bana sap lukisan ni,amun aku dau darjah satu,jomo lidi2 jo aku pandai ngelukis..hak.hak.hak..kau no sap pan numbur satu amun pasal ngelukis kak a..haha..titoo bana sik aku ngenda lukisan gai a,seronok bana,tapi ai nampak lukisan terahir a,ai tersentuh sap jiwa ku kak,aku faham perasaan itu,aku pernah mengalaminya..uhuk..berdoa jak kita byk2 kak..rajin2 solat hajat ramadhan ni,insyaallah...semoga ALLAH menunaikan impian mu kak..amin~

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...