Wednesday, 17 August 2011

indah khabar dari rupa

Aku agak kecewa tadi  bila aku check duit bonus yang masuk hari Isnin lepas tidak seperti yang diharapkan. 2 hari ni, aku cuba check dalam online tapi macam biasalah bila broadband buat hal, banyak kerja yang aku terpaksa tangguh. HSPDA lah konon tapi speed 0-0. Semakin teruk perkhidmatan internet sekarang ni. Bosan betul. Jadi, aku terpaksa keluar cari bank untuk check duit tu. Since, semalam cuti, jadi, aku terperap di rumah menghadap tv dan laptop.

Ternyata, apa yang aku risaukan jadi kenyataan. Duit bonus tu kena tolak KWSP lagi. Ingatkan tidak ditolak lagi. Tapi, tu la, sudah kerja makan gaji, terima sajalah hakikat macam ni.Walaupun tidak banyak tapi, ia sedikit sebanyak merosakkan plan bajet aku. Memang aku bersyukur dengan apa yang ada, daripada tidak diberikan bonus, putih mata macam anak ikan mengelupur kena racun. 

Sabar sajalah. Syukur, syukur, syukur. Bagi lekat dalam hati. Bagi ikhlaskan jiwa. Kalau tiba masa, bolehlah keluarkan nanti KWSP tu.



boleh la belanja budak ni nanti ^_^





3 comments:

  1. hehehe , blnje lala gak sis . ** ee , xmlu kan . hehe

    ReplyDelete
  2. Hehehe.. ^_^.v.. Hm,sama la Kak.. tapi,tia pa,nanti sudah sah jawatan,ambil pencen,dapat la tu duit.. ^_^.v..

    ReplyDelete
  3. btul misya..kwsp pun ko dpt jua tu..jgn risau.. :D

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...