Sunday, 14 August 2011

iphone pun okay juga

Suka pula dengan promosi iklan Digi yang baru pasal iPhone. Bila nampak i-phone yang nipis tu, teringat dengan iklan sang boifren masukkan hp samsung di bawah pintu untuk memujuk girlfriend yang merajuk. Sangat menerujakan bila hp senipis tu boleh masuk bawah pintu. Serius, amazing!

Kecanggihan teknologi masa kini memang bikin mata buntang tidak berkelip. Semua serba hebat. Dari iPhone ke i-Pad. Semuanya buat aku terfikir, indahnya barangan dunia. Kalau  macam tu, mesti lagi canggih gila babas bila di syurga nanti. Yay! mungkin boleh dapat hp yang senipis kulit bawang tapi maha canggih yang sempurna semuanya;D.

Oh, iPhone yang aku maksudkan tu ada dalam gambar di bawah:

bila nampak gadget sebegini, rasa excited mengila.


Terdapat 4 plan yang ditawarkan oleh Digi untuk sesiapa yang berminat untuk miliki iphone ni. Boleh klik sana di sini >Digi.com. 

Kalau kamu berminat untuk miliki iphone, okay dipersilakan untuk klik website Digi tu. Ataupun kamu boleh terus ke Store locator Digi,  Digi online store dan swtich saja  nombor kamu kepada Digi. Aku yakin, lepas tu, orang Digi tu akan ikut kamu pergi ke mana-mana. Sekurang-kurangnya adalah teman nanti. ^_^

p/s aku berfikir, aku start ada hp lepas aku masuk Uitm, semester pertama diploma. Beli pula pakai duit PTPTN.  Itu pun setakat 3310. Sekarang ni, anak murid aku bawa hp blackberry pula ke sekolah. Dari situ aku faham, revolusi teknologi telah memungkinkan segalanya.

No comments:

Post a Comment

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...