Sunday, 7 August 2011

Kebaikan minum Yogurt Nestle Bliss

Bermula tahun lepas, aku mula berjinak-jinak dengan minuman ni. Mungkin disebabkan oleh adanya kewangan yang tetap jadi, pembelian minuman ni sudah menjadi tetapan setiap kali beli barang dapur. Minuman yang aku maksudkan ialah Yogurt Nestle Bliss.

Sememangnya, aku perlu ucapkan syabas untuk pengiklan Bliss ni sebab berjaya untuk buka hati, buka minda dan buka dompet aku untuk beli minuman ni. Pertama kali mencuba, suka dan membawa kepada menjadi minuman yang wajib ada dalam peti ais. Dalam sebulan aku akan beli 4- 5 botol sebulan. Harga untuk bliss yang aku selalu beli ialah RM 5.20 sebotol. Dan harga ni tidak konsisten, kadang-kadang ada diskaun 2 botol untuk rm 10.20. Selalunya, aku beli saja sebab minuman ni memang berkesan untuk aku.

Aku yakin minuman ni berkesan kerana, since bliss ni ada mengandungi inulin dan kultur hidup. Inulin berfungsi untuk mengekalkan sistem penghadaman yang baik iaitu ia akan mengalakkan pembiakan bakteria bermanfaat di dalam usus besar kita. Sementara tu, kultur hidup adalah bakteria-bakteria baik yang boleh membantu membekalkan keadaan usus yang baik dan membantu penyerapan nutrien dalam badan. 

Satu perkara yang aku pasti sejak minum minuman ni ialah, sistem pencernaan aku berfungsi dengan sangat baik. Apatah lagi, sebelum ni, aku ada  mengalami sembelit. Tapi, sejak minum bliss tahun lepas, aku tidak ada sembelit lagi. ^_^. Dan lagi satu, bila minum bliss selalu, perut selalu rasa ringan, selesa dan nipis saja. ^_^. Ala-ala perut slim segala. hihihi.

Kepelbagaian jenis bliss ini ada banyak sepeti mangga, strawberry, buah-buhan tropika, kiwi, limau timun, kiwi epal, blackcurrent,  jambut batu, markisa oren dan kiwi epal. Tapi, aku lebih suka kepada rasa oren. Aku pernah cuba juga mango dan buah-buahan tropika tapi lidah aku lebih suka kepada oren tu. Sedap, ada rasa lemak walaupun ia memang rendah lemak. Tapi, suami lebih suka kepada rasa buah-buahan tropika. ^_^

Puasa ni pun, aku masih amalkan hidup bliss. Aku minum selepas berbuka. Dan selepas itu, ada panggilan ke tandas untuk aku. hihihi.

Kepada sesiapa yang belum cuba minum bliss ni, cubalah. Sedap dan berkhasiat.;D

sumber gambar


8 comments:

  1. lamanye tak minum yogurt niii...

    byk jugak khasiat die..

    thanks for sharing this.

    ReplyDelete
  2. bliss my feveret..hehe..ske3.. =))

    ReplyDelete
  3. my fav drink . semua perise suke . hehe

    ReplyDelete
  4. kirim pigi sini sikit kak.. ^_^.v..

    ReplyDelete
  5. miyoko: minuman ni mmg bagus utk kesihatan;D.minumlah semula;D

    nusy:samala kita;D

    lala: wow..lala pun sama;D

    aki: hihi.blh2 nnt sok pos;D

    ReplyDelete
  6. memang baik untuk kesihatan..tapi tak boleh la minum selalu..jarang jarang boleh la.hehe

    ReplyDelete
  7. yes ! this is good for our intestine and im BLISS lover too :D

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...