Monday, 1 August 2011

Makan berlebihan masa berbuka puasa boleh buat badan bersayap

Ogos datang juga. Dalam tidak sedar, sudah masuk 8 bulan dalam tahun 2011 ni. Bila Ramadhan jatuh pada 1 Ogos, mungkin raya akan jatuh pada 30 & 31 hb 8. Tahun ni raya akan dikongsi dengan sambutan kemerdekaan. Aku tidak rasa kegembiraannya bila dua perayaan ini disambut sekaligus. 

Alasan utama, kurangnya cuti sebab cuti sekolah pun bermula 27 Ogos - 4 Sept. Maknanya, aku sambut raya, hari Merdeka dan cuti sekolah sekaligus. 3 in one macam shampoo aku rasa cuti macam ni.

Kepulangan selama seminggu ke Sabah akan menjadi tidak terasa kerana penat pun belum habis, kami sudah balik semula ke Kuching. Ehem, begitulah kehidupan perantau yang kena redha dan bersedia untuk berhadapan dengan apa kemungkinan sekalipun. Mungkin nikmat hari raya tu akan terasa sebab raya aku kali ni terisi dengan 2 buah keluarga yang sudah menyatu hati.

Haih, jauhnya aku berangan. Puasa hari pertama belum bermula, cerita raya sudah ada. Mungkin ada sedikit perancangan perlu dibuat supaya keadaan tetap tenang seperti biasa. Puasa kali ni, aku berharap yang aku boleh kawal keadaan. Maksud aku di sini, tiada pembelian makanan dan minuman yang berlebih-lebihan atau ikut saja perintah nafsu serakah yang mahu beli semua ketika nafsu membuak-buak.
sumber : http://elev8.com/health/orethawinston/are-you-an-emotional-eater/

Azamku, moga setiap juadah puasa aku kali ni, aku masak sendiri dan kalau adapun yang mahu dibeli dari luar, cukuplah sekadar satu juadah. Seperti pengertian puasa: menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa:

Dua tiga hari ni, bila masuk saja ke shopping complex, berpusu-pusu orang beratur beli barang keperluan. Banyaknya sampai terkeluar dari dalam troli. Bila aku nampak benda macam ni, aku berfikir sendiri, takut teruk sangatkah nafsu ketika bulan puasa sehingga pembelian barang nampak luar biasa daripada biasa? 

Bagi aku, bila bulan puasa, itu adalah masa untuk merehatkan badan terutamanya sistem penghadaman dalam badan aku. Jadi, aku kena menahan diri dari makan makanan yang berlebihan. Bukannya beli 3 jenis kuih, air cendol sebungkus, air bandung sebungkus, mee goreng sebungkus dan nasi hujan panas sebungkus tapi yang habis dimakan hanya sejenis kuih. 
sumber: http://bicara-sang-karipap.blogspot.com/2010/08/entri-pertama-bulan-ramadhan.html

Semua ni, aku belajar dari pengalaman sewaktu masih muda belia. Membeli mengikut nafsu tapi bila masa berbuka puasa, minum air bergelas-gelas sudah buat aku kenyang. Masa tu, barulah aku sedar, rupanya bulan puasa aku perlu banyak minum air bukannya makan banyak makanan yang indah dipandang tapi tidak seindah rasanya. 

Berapa kali, aku membuang makanan yang dibeli di Bazar Ramadhan dulu. Rasa menyesal membuak-buak sebab turutkan sangat nafsu nampak makanan sedap sikit, teguk liur dan beli. Kali ini, harap-harap aku boleh menjadi orang yang bersederhana. Masak apa yang boleh beri tenaga pada badan bukan beri lemak dan buat aku bersayap.

sumber: http://solusiperutgendut.blogspot.com/p/penyebab-gendut_15.html

google

google


p/s Puasa ni menjadi batu loncatan untuk dapt body macam kerengga. hahahaha

4 comments:

  1. Hehehe...ai jadi ciken wing sap tu kak..hahaha..selamat menunaikan ibadah puasa kak...

    ReplyDelete
  2. kalau si Aki,makan ka,tida makan ka,sama juga.. kalau pegi baazar,bawa rm20,beli habis,lepas tu,kasi langsai semua yang dibeli,satu kali.. hahaha..

    ReplyDelete
  3. ya,betul tu akk misya,air yg pntg,mkanan tu smpingan jak sbnarnya..

    anyway selamat berpuasa kak..semoga tabah dan sabar menghadapi hari-hari dalam Ramdhan ni..=)

    ReplyDelete
  4. arina:hahaha.chicken wing plg lawa tu dia.ba slmt berpuasa jg;D

    aki:naaa..punya bagus klu mcm tu ki.kasi abis semua.;D klu aku, msti ada yg tinggal tu.;D

    azean:kita byk hilang air dlm bdn masa puasa.jd kena ganti masa sungkai.same with u dik.slmt berpuasa dan mendapat berkat;D

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...