Monday, 1 August 2011

Menu buka puasa dengan resepi cheese cake ^_^


Selalunya kalau membeli di bazar ramadhan, menu yang aku cari ialah kek chess. Kesukaan terhadap kek ini sudah jadi habit aku dari dulu. Mungkin disebabkan aku suka makan chess lalu bila sudah  merasa kek chess terus selalu mau dan mau. Dipertemukan pula dengan suami yang punya selera yang sama maka, gabungan kami memang serasi. ^_^

Sekarang, aku tidak perlu beli lagi kek ni sebab aku sudah boleh buat sendiri. Hasil ehsan kakak di sekolah yang baik hati. Nama dia kak siti, dia yang sudi bagi resepi ni. Mula-mula rasa kek yang dia buat tu, sedapnya. 5 star untuk dia. Terima kasih kak sebab sudi bagi resepi. Ehem. Lagi murah dan aku boleh makan banyak-banyak dan banyak kali. Lepas sungkai sekali, lepas solat terawih sekali dan lepas sahur sekali. hahaha. Bukan macam beli di bazar, sepotong RM 2.00 atau itu belum lagi harga kek ni di restoran Secret receipe. Berkeping-keping duit keluar baru dapat makan.

Jadi, aku kongsikan resepi kek chess ni untuk pembaca blog aku yang tercinta. Masih sempat lagi kamu buat ni sebelum sungkai nanti. Bahan pun murah-murah. Dalam RM20-25 saja. Cara buat pun senang, anak atau adik kamu pun boleh juga ikut buat. ^_^



Ni bahan-bahannya:
1) fresh milk (suka hati kamu beli yg mana, aku memang minum HL  setiap hari, jadi stok memang ada di rumah)
2) biskut oreo
3) biskut chees (saltcheese)
4) susu  pekat manis 
5) shess philadelphia

Cara buat:


1) Hancurkan chesse philadelphia + susu pekat manis. Kamu  adjust la rasanya. Jangan lah manis sangat. Cukup untuk cheese tu jadi cair, okay. Lepas sudah sebati, kamu letak tepi dulu.
2) Rendam biskut (saltcheese) tu dalam fresh milk tadi tu.  Ni untuk lembutkan biskut. Jangan lembut sangat nanti hancur. (Biarkan dulu) sementara tunggu ia lembut, kamu hancurkan biskut oreo tu. Ala tumbuk pakai lesung pun boleh. hihih.
3) bila semua sudah ready, kamu ambil lah bekas tupperware atau apa-apa bekas untuk letak kek kamu. Ambil chess yang kamu buat dalam langkah 1, letak dalam bekas kamu, biarkan rata. Jangan letak semua, cukup untuk alas yang pertama.
4) Ambil biskut chees dalam langkah 2 tu, susun ikut suka-suka hati kamu. Bagi dua lapisan okay.
5) Sekarang ambil pula chess tadi sapu di atas biskut tu, kemudian tabur oreo yang kamu sudah hancurkan dalam langkah 2.
6) Kamu buat lagi langkah 3 dan 4 sampailah bahan kamu habis.
7) simpan dalam peti ais. Tunggu hingga keras dan lepas tu kamu boleh makan untuk sungkai nanti. ^_^.
Macam gambar di bawa. Ehem.
Selamat mencuba semua ^_^



10 comments:

  1. hm,sedap.. ^_^.v.. Thanks resepi.. ^_^.v..

    ReplyDelete
  2. waaaa...sedap nya cake ni kak misya,sy mahu!!!!!

    sy laaagi suka cheese cake kak...xblh bhenti mkn ni ku nmpk..haha..

    apa2pun,slmat berpuasa tuk hari Ramadhan yg kedua pula sok kak..hee..

    ReplyDelete
  3. Aki:jgn lupa cuba buat ki.;D

    azean:hihihi..ba, nnti ko buat aaa;D

    ReplyDelete
  4. aku pun mau buat!!!..nut2..nut..hahaha

    ReplyDelete
  5. kak..minta izin..boleh copy ka bahan2 n cara buat tu..malas aku mau naip balik.mau simpan di notepad..hehe..

    ReplyDelete
  6. insya allah petang ni ramdhan ke 11 aku mau try resepi ko ni kak..hakhak..

    ReplyDelete
  7. arina: sdh jadi ka tu kek dik? bah, blh saja tu copy dik;D

    ReplyDelete
  8. eekkk! i tried this last week sudah! hampir sama our recepi ne.. mmg sedap! i loike! :D

    ReplyDelete
  9. sis nk tny blh? biskut cheese tu sis beli dkt mne ye?

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...