Saturday, 6 August 2011

My wedding cake + cupcakes strawberry


Sama seperti wanita lain, aku pun tidak terkecuali untuk suka dengan makanan yang dari luar sudah nampak cute dan comel. Kerana kecomelan itulah, aku pilih cupcakes sebagai tambahan untuk kek kahwin aku yang lalu. Sudah lama aku berangan untuk jadikan cupcakes ini sebagai penghias comel masa hari bersejarah aku. Alhamdulillah, dengan bantuan my sister in law, impian menjadi kenyataan. TQ kak.^_^

Pada mulanya, aku mahu 80 biji cup cakes yang akan digandingkan dengan 2 tingkat kek yang lain. Tapi, since, cup cakes tu dibuat oleh my sister in law, jadi, aku agak rasa bersalah kalau aku teruskan hajat sebab mereka kena bawa cupcakes yang begitu banyak dari Labuan. Memanglah naik kereta tapi, aku pun kena agak-agak jugalah, Sudahlah banyak barang yang mereka bawa, ni la pula tambah cupcakes aku tu.

Akhirnya, aku kurangkan 80 biji cupcakes tu kepada 50 biji saja. Cuma, aku minta my sister in law letak hanya 3 warna iaitu merah, putih dan hijau sama macam tema wedding aku. Cuma silver la yang tidak ada. mana mau cari cupcakes warna silver, kan? hihhi.

Ini antara gambar cupcakes hasil tangan my sister in law. Since aku tidak mahu ada colour lain, dia dengan kreatifnya telah menambah buah strawberry atas cupcakes tu dan jadikannya sangat comel.^_^






I love u ^_^















the bride & groom ^_^
p/s kalau ada yang berminat untuk tempahan, jangan lupa tinggal komen., okay ^_^

6 comments:

  1. kiut oh tu cupcakes.. ^_^.v.. Hehehe.. semat la.. putih,ijau,merah.. uiseh,macam header kakak juga oh.. ^_^.v.. hahaha

    ReplyDelete
  2. waaaa....wedding cakes!!sy mmg suka kpda bab2 wedding ni kak misya..heee....

    boleh order dr siste in law ka tu kak misya?

    ReplyDelete
  3. aki: tq ki.;D tu la semat kan.ngam betul dgn header tu.cun2 mcm aki buat;D

    ReplyDelete
  4. azean: hihi.blh2.nnt bgtau jak klu mau order;D

    ReplyDelete
  5. Yummy2.. I love cupcakes.. ^^ Planning mo buat cupcakes juga for my wedding ne.. Tp lama lg lah kak.. Tunggu siap master dulu ^^

    ReplyDelete
  6. bah share lah resipi kak misya...

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...