Saturday, 6 August 2011

My wedding guest book

Di hari menjadi raja sehari, saat itu menjadi saat terindah dalam hidup. Aku adalah salah seorang yang sudah melalui saat tu. Aku mengambil masa setahun untuk buat persediaan majlis kami. Masa agak lama diambil sebab aku dan suami (masa tu tunang) tinggal berjauhan. Aku di Kuching, suami di Sabah. Jadi, banyak masa yang kami perlu untuk selesaikan persiapan kami tu. Bila persiapan dibuat dengan awal, tidaklah sesemput mana dan majlis berjalan lancar.

Dalam persiapan tu, banyak yang aku dan family buat sendiri. Termasuk, pelamin, baju (design dan tempah) deko bilik tidur dan guest book (buku tetamu). Keperluan untuk buku tetamu ni berperanan untuk bagi peluang tetamu tulis ucapan dan sign buku tu untuk kenangan. Buku tetamu untuk majlis aku yang lalu, aku buat sendiri. Masa tu, aku cuba buat sendiri ikut suka hati dan kreativiti aku. 


Aku guna note book saiz A4 dan hias

Muka depan buku tetamu aku

Tulisan depan ni, aku guna kad kahwin yang aku gunting dan lekat ^_^

Kata-kata ni pun dari kad kahwin aku juga ^_^
Gambar ni aku ambil sebaik saja buku tetamu tu aku siap buat. Malangnya, aku tidak sempat ambil gambar selepas majlis. Kesibukan melanda pengantin masa tu.^_^.

Bila buku tetamu siap, aku lega. Gembira sebab dapat tunaikan hajat dihati dengan bajet yang sangat minimum. Tidak perlu untuk buat guest book yang perlu bajet mahal selagi kita boleh guna kreativiti kita^_^.

5 comments:

  1. Aku rasa time begini la kreativiti tu tiba2 datang. Org yg kaki bangku dalam menghias pun boleh jd pndai tiba2.

    ReplyDelete
  2. wahh..teringin maun buat guest book masa kawin nanti, tapi takut xda plak org yg ringan tangan mau conteng2 sana..hihi

    ReplyDelete
  3. Good for you made it on your own. .it just need more creativity..nice guest book dear!

    ReplyDelete
  4. wah sa pun mau palan mau buat sendiri ni..eheheh..cantik bh ni

    ReplyDelete
  5. cinoi: ya btul tu.tp kaki bangku tu klu dia ada semangat mau buat oklah, tp, klu masih bangku juga, x mo buat, susah jg.hihih

    farah:x apa, bt jak.klu bt sendiri puas hati.nnt pndai2 la promote sm kwn utk sain;D

    pink:tq my dear;D

    beaty: ba, buat nnti aaah;D siuk ba bt sendiri ni;D

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...