Friday, 5 August 2011

Nilai kehebatan diri sendiri untuk terus hidup

Dalam melalui perjalanan hidup, kita selalu diingatkan supaya jangan pandang belakang. Never look backward.  Tapi, ada masa tertentu, aku terpaksa tengok belakang semula. Maksud aku, kenang semula jalan kehidupan aku yang rumit dan penuh cabaran. Aku berniat untuk mengambil pengajaran di setiap sudut kenangan yang ada. Perkara yang aku selalu kenang ialah bila aku dibesarkan tanpa ada kemewahan. Yang ada cuma kesederhanaan.

Masa tu, aku selalu merungut. Misalnya: kenapalah aku tidak dapat beg comel macam kawan-kawan yang lain. Aku hanya meneguk air liur bila kawan-kawan bercerita yang mereka makan di KFC atau paling common pun makan burger ayam cheese telur special. Aku hanya boleh mendengar cerita mereka shopping sakan dengan keluarga di shopping complex terkemuka. Dan, yang paling tidak tahan bila mereka duit berkeping-keping ke sekolah.

Kemudian, revolusi berlaku, aku meningkat dewasa dan mencapai dunia akil baligh yang mengizinkan perkahwinan.

Aku mulai sedar, kehidupan tanpa kemewahan tu rupanya sudah bagi isyarat bahawa kehidupan aku pada masa akan datang perlu bersandarkan dengan kesedaran sivik hasil dari kenangan lama tersebut. Aku baru sedar, kenapa mama selalu biasakan kami dengan masakan berasaskan sup dalam masakan hariannya. Sup ikan, sup sayur dan sambal belacan menjadi menu utama yang sehingga kini aku selalu rindu hasil air tangan mama. Kami adik beradik dibiasakan untuk menunggu ahli keluarga yang lain duduk sama-sama terlebih dahulu barulah bersedia untuk makan. Setiap hari, walau sibuk macamana sekalipun, mama akan sediakan sarapan untuk kami biarpun hanya nasi putih dan lauk semalam yang sudah dipanaskan. 

Rupa-rupanya masakan sup yang mama selalu buat untuk membiasakan kami untuk selalu jaga kesihatan dan mengurangkan minyak dalam masakan. Kami tidak dibiasakan dengan makan burger, kerana makanan tu akan meningkatkan lemak di dalam badan. Kami tidak dibiasakan dengan barangan mewah kerana bersederhana tu lebih baik dan dituntut agama. 

Kesedaran tu timbul, bila aku bertanya sendiri kepada anak-anak muridku, apa makanan yang mereka gemari. Jawapan common dari mereka ialah ayam goreng, KFC, Pizza dan Mc Donald. Nampaknya masakan ibu tidak mendapat ranking pertama mereka kerana makanan segera ni lagi pandai ambil hati mereka. 

Kehebatan mereka dalam teknologi pun tidak dapat disangkal lagi. Dari game ke edit gambar, mereka sudah lulus dengan perkara ini. Tapi, selalunya gagal dalam pelajaran. Itu belum lagi dengan budak yang selalu sakit perut di waktu pagi kerana tidak menjamah apa-apa sebelum pergi ke sekolah. Kasihan mereka.

Jauh di sudut hati, aku bersyukur dan berterima kasih kerana diberikan kesederhanaan dalam hidup yang selalu jadi benteng untuk aku supaya terus tabah dalam hidup. Tidak salah untuk untuk look backward tentang hidup lama kamu untuk ambil pengajaran dan ikhtibar. Bila hidup kamu sederhana tidak semestinya kamu kurang segalanya. Hakikatnya, kamu punya keuntungan dari sudut yang lain. Cuma, diri kamu yang boleh dan mampu melihat kehebatan diri kamu yang sebenarnya. Cermin diri dan syukuri apa yang ada. Itulah infiniti keindahan hidup.

Sumber gambar > Sini



2 comments:

  1. si Aki sayang mama si Aki.. ^_^.v..

    ReplyDelete
  2. samalah ki, aku pun syg jg mamaku;D

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...