Thursday, 4 August 2011

Sepcial thanks to kak siti & nining: Pashmina, baju trend, shawl dan keronsang

Bangun awal. Tidak tersenguk-senguk di sekolah dan aktif sepanjang masa itulah hikmah lappy buat hal semalam. Jam 9  pm aku sudah modop, lantaran kecewa sebab tidak dapat untuk update entri dalam blog.
Hanya entri wordless wednesday saja yang dapat di post semalam.  Ehem. Aku suka entri semalam. ^_^

Aku rasa semalam macam befday aku  bila nampak dua bungkusan ni padahal lama lagi dan masih boleh berlagak muda belia. ^_^ . Sebenarnya, aku dapat ole-ole dari Kak siti ( kawan sekerja aku) dan my partner in crime, nining ( kawan dari masa masih berhingus hinggalah sudah berkahwin sekarang ^_^). Pemberian mereka ni cun-cun sampai semalam 3 Ogos 2011 (Rabu). Amat bertepatan dengan wordless wednesday. Terima kasih ^_^.
Ni dia 2 ole2 tu. Yang guna paper beg dari kak siti.  Paper beg ni comel sebab warna hijau ^_^. Bungkusan berbalut comel tu dari nining. Dia memang always know my taste ^_^


Mula-mula aku buka paper beg tu, wah, ada pashmina dan 1 kotak dua kali comel.^_^. Terharu dapat pashmina, kak siti pun sudah mahir dengan taste aku.^_^

Ole-ole dari KL

Dan inilah isi kotak 2 kali comel tu. keronsang yang colourfull. wow! ni pun kesukaan aku. Since aku perlu pakai baju  formal ke tempat kerja maka, keronsang begini adalah perlu. sekejap pakai dengan baju biru, pink, putih, purle dan hitam. Semua match ^_^

Ini pula, ole-ole dari Nining. Bought from Jakarta. 2 kali comel untuk baju ni. Baju trend yang beriben. Dua kali wow juga. Boleh bergaya macam Fatin Liyana. hahaha

Riben tu la yang mahal.  I like banyak-banyak.

Shawl pink yang bikin hati geram. Baught form KL. Hiasan yang ada pada shawl ni secomel orang yang membeli.^_^. Aku suka dan terima dengan hati terbuka luas.^_^

1, 2, 3 dan 4 jumlah ole-ole yang aku dapat. Murah rezeki awal bulan ni, mudah-mudahan hujung bulan ada rezeki lagi , mana tahu dapat bonus dan dapat result positif tanda im pregnant ^_^

Dan hari ni, aku begaya dengan pashmina baru. Ehem. Material pashmina ni bagus sebab senang di bentuk, besar dan panjang. Jadi, ia dapat cover mana-mana yang patut dicover.

Ada kawan tanya, " ni pashmina yang besar tu kan?
aku jawab:' ya, yang besar"
kawan: " kenapa nampak kecil? lilit macamana?"
aku jawab: ; hantam saja kak. yang penting dapt cover aurat dan selesa ^_^
kawan: ' betul, betul, ada beli pashmina tapi tak pernah pakai"
aku jawab: 'ok, kak lilit je atas kepala, gerenti jadi"
kawan: ketawa. 


Candid
Pesanan untuk penaja:

Kak siti: Terima kasih banyak-banyak kak Ti. Moga murah rezeki, panjang umur dan dapat pindah ke Kedah secepat mungkin. Saya tidak ada kakak kandung jadi, bila kak ti baik sangat kak ti macam dah jadi kakak kandung saya. hohoho. Jangan nangis ^_^. Sayang kak siti.

Nining: Kita membesar sampai tidak sedar kita bukan budak lagi tapi akan jadi mak budak pula. Kenangan kita indah dan kita tunggu untuk our next generation pula yang sambung keindahannya. Im proud to be ur friend & u r best friend that i ever have. Love u so much ^_^

Terima kasih lagi sekali untuk kak siti dan nining.

Saya yang menurut perintah. hihihi

*modop: tidur

No comments:

Post a Comment

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...