Monday, 22 August 2011

Serabutnya aidilfitri



Macam-macam perkara yang ada di dalam otak aku. Banyak perkara yang kena beres sebelum balik Sabah dan sekembalinya dari beraya. Mahu semput juga aku bila buat benda ni seorang diri. Tapi, tidak apalah., selagi kudrat tulang 4 kerat ni masih ada, aku rasa aku masih mampu untuk buat gerakan solo. 

Emosi raya semakin berkobar-kobar  tambah tolak aku sudah 2 bulan lebih tidak balik kampung. Rasa rindu dengan keluarga di kampung buat aku selalu bermonolog sendiri: cepatlah hari jumaat dan ya, aku akan ada di kampung halaman tercinta.

Esok, ada pertandingan mewarna dan kuiz kemerdekaan sempena bulan merdeka di sekolah. Petang perlu settel barang-barang di Wisma Seberkas, setel urusan di Am Bank, bank in duit untuk adik dan pastikan barang-barang untuk balik sudah cukup. Lusa, beli kek lapis, since Golden Churn tu non halal, kena berhati-hati untuk beli kek lapis ni. Berita mengatakan, Kek Lapis Dayang Salhah tidak menggunakan golden Churn maka, itu satu bonus untuk aku. Bolehlah borong di sana lusa.  Khamis, tempah hadiah untuk peserta dalam pertandingan Merdeka idol dan pakaian beragam. Jumaat, Insyallah, aku kembali di Sabah dengan suami.

Selepas 1 minggu cuti, 5 hb Sept, kami  balik ke Kuching  dan berpisah semula. Masa ni mesti sibuk urus pasal EG-Tukar sebab  6-8 hb Sept pula aku kena datang kursus. Kemudian 13-15 Sept, aku jadi pengawas UPSR. 19 Sept, kena urus Majlis Penutupan Bulan Merdeka di sekolah dan selepas itu barulah aku akan tarik nafas lega. Bolehlah aku minta cuti untuk memanjakan diri. Mungkin bercuti dengan suami. Ehem. Ehem. ^_^

Dalam otak aku, ada juga terfikir tentang persiapan di rumah, baju, kasut, tudung, kuih raya dan menghias rumah. Biskut raya baru 3 jenis aku tempah. Mengharap untuk Angah  beli dari KL. Untuk buat biskut, aku tiada mood buat seorang-seorang di sini. Mahu mengalir air mata kalau beruli dengan tepung secara solo.

Untungnya, Nasib baik juga angah offer diri untuk beli baju-baju untuk keluarga. Di sana banyak pilihan dan murah juga.  Raya tahun ni, aku serba sederhana, baju raya aku tidak beli pun sebab sudah ada 3 pasang baju yang aku beli dan upah jahit dari bulan April tu. Minggu lepas sudah ambil dan guna itu sajalah sebagai baju raya walhal hajat utama sebenarnya mahu jadikan baju tu sebagai baju kerja. Dan ada satu lagi baju merahnya mak ngah yang sepatutnya aku guna masa sanding di Labuan bulan Jun tu masih belum berpakai. Bolehlah rasanya kalau mahu melaram dengan baju tu. ^_^

Inilah perihal raya yang akan dihadapi oleh semua orang terutamanya perantau macam aku. Itu belum lagi cerita beli stok barang dapur untuk hidangkan dengan tetamu nanti. Tapi, aku tidak akan bercerita tentang itu sekarang. Ia boleh dijadikan entri di lain kali. Cukuplah saja untuk kesesakan dalam jiwa pada masa sekarang.

Mood untuk raya makin terasa. Di mana-mana orang sibuk bercerita tentang raya. Dinding muka buku pun penuh dengan cerita raya dan menu iftar yang beraneka.

Syukran Ya Allah. Semuanya tidak sabar untuk bertemu Syawal. Cuma, dalam kesibukan menyiapkan diri untuk menyambut Syawal, ingatkan diri kamu dan si bungasepet sendiri: jangan lupa bayar ZAKAT dan kalau ada duit lebih nanti, sedekahkanlah a.k.a bagi duit raya pada yang memerlukannya. Moga balasan pahala kita berganda-ganda.

p/s Teringat akan orang-orang yang kurang bernasib baik menyambut hari raya. Walau mereka serba kekurangan tapi ada sinar bahagia di mata mereka.


view belakang bilik aku di kampung
 Lari tajuk: Check Nuffnang. Ada pertambahan duit kepada RM17.00. Alhamdulillah.
Terima kasih yang tidak terhingga untuk NUFFNANG.^_^ 

p/s terima kasih kerana membaca entri yang panjang lebar.^_^

9 comments:

  1. Semua orang sibuk buat preparation raya sudah sekarang ni. Tapi family saya macam teda papa lagi ni. Sekarang just baju raya ja yang sudah siap. Kuih raya semua teda lagi. Hahaha. Semua mau main last minit. Adeh.

    Tu gambar tu macam dari area-area KB. Kakak orang KB ka? Hehe.

    p/s: yang komen kakak pasal penggunaan 'gua-gua' dalam entri saya tu, apa pendapat kakak? tida berapa siuk ka? hehe. saja-saja testing bah tu. haha.

    ReplyDelete
  2. Kami pun adik bradik masing2 ada order/buat kuih. Nanti suma balik hometown baru gabung.

    Selamat hari raya. Makin rasa bah raya baca entry raya ni.

    ReplyDelete
  3. Wah!! padat sungguh jadual ko dear..

    lebih kurang with me juga lah..hehe:)

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya..

    sy tak wat apa2 preparation utk raya..dan tak blk kg jugakkk...

    so, takde feeling nk raya... :(

    ReplyDelete
  5. kita pn xsabar nak rye , nak lik kg . Selamat hari raye sis ..

    ReplyDelete
  6. nasib baik dpt bka jg blog kak misya ni..ari tu berabis sy buka,ttp xdpt,ada virus malfare.huh.

    anyway,xsabar kn mau beraya mah family kak...jgn lupa upload pic raya tau..d nanti ni..hehe..

    ReplyDelete
  7. fm:samala kita ni,smua pun mo last minit.2 hari raya baru kelamkabut beli itu ini,sdia itu ni.hihih

    ya, aku org kb dik;D ehem;D

    heheh.mcm x siuk ba klu pki gua2 tu dik;D pndpt aku ja la;D

    ReplyDelete
  8. cinoi:begitu lagi jimat bah.,sharing2 kan.baru la terasa raya;D

    pink diva: ya, mmg padat.semput jak aku x;D

    lala:slmt raya jg dear;D

    azean: tula bkin pns tu malware dik.;D skrg ok sdh.orait, nnt aku bt entri raya;D

    ReplyDelete
  9. Aduh...betul2 padat dan serabut o saya baca..
    Apa pun, kena urus semua dengan cekap kan...
    selamat hari raya ya..:)

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...