Monday, 15 August 2011

Si Kiraberry & Samsung Galaxy S11

Kadang-kadang, kebosanan aku bukan main lagi. Balik-balik kerja, aku buka kipas, TV dan laptop. Kalau dulu belum puasa, aku klangtangtung la di dapur. Cari dan masak apa-apa saja yang boleh dimakan. Tapi, bulan puasa ni, aku menghadap tv, majalah atau laptop saja. Kerja yang berlambak aku letak di tepi. Tangguh!

Bunyi sangat memboringkan tapi, begitulah kehidupan. Ada masanya sunyi, ada masanya hingar. Sebab, aku tahu, bila aku balik kampung nanti, tiada lagi sunyi. Yang ada pekikan adik beradik aku yang suka cari pasal dengan aku. Gila! aku rindu mereka. Minggu depan, bolehlah cubit-cubitan dengan si kecil 2 orang tu. Haih! cepatlah masa berlalu!.

Hari ni, aku melayan gadget-gadget canggih yang ada sekarang. Mula-mula aku layan whatberry game ni. Game yang menentukan jenis berry mana yang sesuai dengan kehendak kita. So, lepas main, berry yang konon-kononnya sesuai dengan aku ialah KIRABERRY. hahahaa. Aku ketawa bila baca tentang detail KIRABERRY ni.


We know you  are good with figures, and thats why you're kiraberry. Amboiiiii!


Lepas dapat jenis berry bolehlah tengok mana-mana plan yang ada. Antaranya ialah Jomberry, buddyberry, Enjoyberry dan rajinberry. Sekali lagi aku tergamam. Amboi, bukan main lagi nama. TENGOK SINI. Doodies yang ada di sini pun boleh download juga. Cuba sini > DOODIES. Huii, pandai betul tambat hati orang.

Aku cuci mata lagi pula dengan Samsung Galaxy S11 di sini> SAMSUNG GALAXY S11 dan di sini juga >SAMSUNG GALAXY S11.

Setelah lihat dan banding, aku dapati Berry ni sangat sesuai jadi bahan untuk cuci mata di samping muzik yang mengembirakan  hati ada berdengang di dalam laman webnya. Kalau orang macam aku yang boring ni. layan saja lah. Tapi, punya duit lebih, ok, boleh juga dihulur kepada cashier di Store Digi atau di kedai-kedai yang berhampiran.^_^.

Samsung Galaxy S11 tu nipis gila. Ia hanya 8.4 mm. Wow! Entah-entah lagi nipis dari tuala wanita.  hahaha.

KLIK SINI> SMART PLAN SAMSUNG GALAXY S11

Sekarang ni, Digi ada buat offer harga RM1349 untuk Samsung ni. Ehem. 

Aku Kira duit berapa lagi baki dalam bank.

No comments:

Post a Comment

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...