Tuesday, 2 August 2011

Susah sangatkah jadi MC @ Pengerusi majlis?

sumber gambar

Adakalanya aku naik bosan dengan sikap beberapa orang individu yang menyulitkan kerja aku. Bila aku sudah dilantik untuk memegang sesuatu jawatan, aku yang akan bertanggungjawab untuk pastikan kerja tu siap dan berjalan dengan lancar. Sebab itulah tugas aku dan itu amanah untuk aku.

Ironinya, aku mula rasa tidak selesa bila banyak sangat permintaan yang diminta supaya tugas yang diberikan untuk mereka ditukar kepada orang lain. Jadi, kalau semua orang mahu menjadi pencatat saja maka siapa pula yang jadi MC? okay, aku sekarang menulis tentang pengacara majlis. Setiap kali perhimpunan, ada orang yang bertanggungjawab untuk mencatat dan mengacara majlis. Aku sudah siap buat semua tu dari awal tahun dan semua orang kena ikut turn sama ada jadi pengacara majlis atau pencatat.
sumber gambar

Masalah yang selalu timbul ialah, lebih ramai yang tidak suka menjadi pengacara dan lebih rela jadi pencatat saja. Berapa kali lagi aku perlu menyelamatkan keadaan, aku juga yang jadi MC, aku juga yang jadi pencatat buat 2 kerja dalam satu masa bila ada yang tidak mahu menjalankan tugas. Its so bad. Bisa bikin aku stress. Stress tidak bagus untuk orang yang kepingin mengandung macam aku.

Benda ni tidak adil untuk orang-orang yang sudah pernah jadi MC sebelum ni. Bagi lah peluang dengan mereka untuk jadi pencatat pula. Bila lagi orang yang asyik minta jadi pencatat mahu jadi MC? Be fair la dengan semua orang. Alasan takut untuk public speaking tu aku tidak mahu terima lagi. Bukannya disuruh jadi pengerusi untuk majlis yang berprotokol gila macam  ada menteri datang atau perayaan segala. Its  just in fornt of ur own student. Apa lagi yang ditakutkan, skrip aku sudah siap buatkan tinggal baca saja di hadapan. Itu pun susah sangat ke?

Aku mulai lagi pening bila seorang lagi tadi minta supaya tahun depan nama dia jadi pencatat lagi. Jangan letak jadi MC. Bangang punya kerja. Hari tu aku sudah kena sound oleh pihak pentadbir, semua kena bertugas sebagai MC atau pencatat secara bergilir-gilir tiap-tiap tahun. Jadi, apa kamu mahu aku disound banyak kali lagi sebab ikut sangat kata orang yang tidak mahu jadi MC?
sumber gambar

Kerja gila macam ni. Asyik ikut kata orang. Cubalah consider sikit dengan orang lain. Kamu berdepan dengan budak yang berumur 7-12 tahun, bukannya menteri besar atau pm. Masa tu, bolehlah kamu minta aku consider jangan jadi MC. Hari-hari jumpa budak-budak tu pun masih takut lagi mahu berdepan dengan mereka padahal, u already taught them to be brave, but u??

p/s boleh tolong bagi alasan kenapa kamu takut public speaking? TQ in advance^_^

6 comments:

  1. kenapa ramai org mgelak bila jd MC ya kak misya??keja MC bukannya susah pun,cuma berucap d depan sja pun,itu pun dorg mahu mengelak.adui laa..


    sabar saja la kak...

    ReplyDelete
  2. panas...panas..isu hehe sabar ko nung,mimang sakit hati kan bila kita in the middle.. di atas tau mau selesai saja tugas tu, di bawah kita plak pun kadang2 boleh jadik BOS kita. Kita atur, kita diatur balik...huhu

    ReplyDelete
  3. kalau saya tu,offer diri lagi.. hahaha.. ya kan,apa yang orang tida suka sangat jadi MC,padahal,syok pun.. hehehe.. macam kamurang cikgu pun,ada juga gitu ka??

    ReplyDelete
  4. sabar seja la sis..
    diorang tu sbnarnya pengecut..
    takut mo mencuba..
    malu klu anak murid tahu cikgu dorang bgitu..
    susah la mo jd cntoh nnt..

    p/s: header baru joo.. cantik.. :)

    ReplyDelete
  5. azean:takut konon dorg tu azean. nnti semput atas pentas.kin pns betul.

    pertt alpah: naa.mmg kita mengatur, kita lagi diatur balik.kin pns ni.

    aki:hahahhaa.bagus ko ni ki.offer diri.sng la org di opis ko ki. cari ko jak sllu cari mc. tula ada jg cikgu begitu ki.kin heran kan.

    faiz: life is complicated

    anne: tu la ba.mmg pengecut betul.haiyaaa.well, itu hasil kreatif c aki dik;D

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...