Monday, 1 August 2011

Tips berdiet ketika ramadhan

Usai sudah puasa hari pertama dan terawih untuk 2 malam. Alhamdulillah. Urusan dipermudahkan hari ini. Suami baru saja berangkat pulang. Mudah-mudahan dia selamat sampai ke rumah. 

Berbaloi juga cuti yang aku ambil hari ni memandangkan suami pun bercuti. Dapatlah merasa sungkai bersama dengan suami. Alhamdulillah juga, nafsu makan dapat dikawal dengan baik. Nasi tidak bertambah sebab kami sudah berazam untuk jaga makan. Ehem, harap-haraplah iman tu kuat untuk say no kepada makan berlebihan. Mana tau jadi hangat-hangat tahi ayam, menyesal kemudian tidak berguna. Jadi, mudah-mudahan iman kuat dan teguh. ^_^
google

Cukuplah dua perenggan untuk pendahuluan aku. Sekarang masuk ke dalam isi pula, sebenarnya aku mahu kongsi tips untuk diet sempena bulan Ramadhan ni.  Umum pun tahu kan, sebelum bulan puasa, kita makan 3 kali sehari, sarapan, lunch dan dinner. Itu belum masuk supper. Then, bila bulan puasa, kita makan sahur dan berbuka saja.  Sebab tu la kita kena pastikan makanan yang kita makan tu sihat, seimbang dan sederhana.

Apakah  sihat, sederhana dan seimbang?
    *sihat adalah dengan memilih makanan yang sihat
    *sederhana pula adalah dari segi kuantiti di mana makanan yang diambil sepanjang Ramadan ini perlulah secara sederhana dan jangan membazir. Islam juga turut menggariskan kesederhanaan sepanjang kita melakukan ibadah puasa.
    *seimbang merupakan makanan yang kita ambil perlulah dari semua kumpulan makanan iaitu kumpulan bijirin,buah-buahan & sayur-sayuran, daging dan hasil tenusu serta sedikit dari kumpulan minyak, gula dan garam. Pendek kata semua makanan yang terdapat dalam piramid makanan.

Untuk dapatkan target macam ni, pertama kita kena pastikan kita sahur. Kalau ada yang tidak mahu sahur, cukuplah dengan makan kurma dan air kosong atau air susu. Yang paling penting pastikan kamu makan dan minum makanan yang boleh beri kamu tenaga bukannya buat kamu kenyang sekejap lepas tu lapar banyak kali. Selalunya aku makan oat dengan susu, kurma dan air kosong kalau masa tu lewat bangun atau tidak ada selera untuk makan nasi. Insyallah, makanan macam ni boleh beri tenaga untuk aku sampai petang.^_^

Kedua:  Masa berbuka  @ sungkai, amalkan perkara di bawah:

Apa yang perlu
Apa yang tidak perlu
menyegerakan waktu berbuka & buka dengan air kosong dan buah kurma
 jangan mulakan buka dengan minuman dan kuih-muih manis
boleh mula dengan mengambil sup (sup sayur, sup ayam, sup daging)
 pastikan tidak mengambil minuman berkafein seperti teh dan kopi semasa buka. Boleh ambil selepas solat terawih sebagai snek tapi jangan pada waktu berbuka.
Pastikan juadah berbuka ada nasi, lauk yang rendah lemak (kurangkan penggunaan santan) sayur, buah
 Elakkan mengambil makanan kering seperti   asam.
pastikan lauk tidak berapa pedas. Ia  tidak baik terutamanya dalam menggalakkan kanak-kanak berpuasa dan puasa warga emas.

Utamakan makanan berserat sepanjang Ramadan untuk melambatkan proses lapar & dapat kita menjalani ibadah puasa. Makanannya adalah seperti bijirin, barli, oat, gandum, roti berserat, sayur-sayuran & buah-buahan.

Tidak mengambil makanan dengan banyak. Berhenti sebelum merasa kenyang.



 Sumber: info sihat

sumber gambar

sumber gambar

Bagi kamu yang ada gastrik, makanan berserat masa sahur tu sangat penting supaya angin gastrik tidak masuk dalam perut. Kalau masuk, menangis la alamatnya. Aku pun golongan yang ada gastrik. Sebab tu lah, aku betul-betul berjaga dengan makan minum aku. Sekarang ni, aku lansung tidak boleh makan daging. Ada juga aku cuba makan sup daging tapi lepas tu, perut rasa sebu. Nasib baik gaviscon ada dalam stok. Lega la sikit.

Okeylah, itu saja tips diet ramadhan untuk kamu semua. Selamat berdiet. Moga raya nanti boleh pakai kebaya cantik ^_^

misi menjadi seslim ini semula. Gambar tahun 2006. ^_^

No comments:

Post a Comment

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...