Tuesday, 9 August 2011

Tips bibir seksi dan segar

Aku bagi satu situasi, sedang kamu berjalan-jalan di shopping complex atau paling common pun sekarang di bazar Ramadhan atau di pejabat kamu sendiri, tiba-tiba kamu nampak seseorang / kawan sepejabat kamu yang punya bibir mungil dan nampak segar. Mata kamu pasti akan tertumpu pada bibir dia. kan?.

Aku adalah salah seorang wanita yang amat menitikberatkan kesihatan bibir. Di rumah pun, aku pakai vaseline atau pelembab bibir yang lain misalnya aku ada lip ice, simply pretty Avon, Confident lipstick Nutrimetics dan Cherry Pink Biogo (Cosway). 4 jenis pelembab ni adalah jenis pelembab yang bertukar ikut warna bibir. 

Bagi aku, bukan muka saja yang perlu selalu nampak cantik tapi, bibir perlu juga dijaga. Ia adalah antara aset penting wanita. Sebab tu lah, aku tidaklah berkira sangat untuk beli pelembab bibir ni. Lagipun, aku beli produk yang bersesuaian dengan warna kulit dan sudah tentulah harga murah tapi berkualiti.

Kepelbagaian pelembab bibir ni bagi aku penting sebab kadang-kadang aku memilih untuk memakai pelembab saja daripada pakai lipstik. Bila ada macam-macam pelembab, hati pun gembira untuk pilih pelembab yang mana satu ^_^ untuk dipakai mengikut kesesuaian masa dan keadaan.

Koleksi pelembab bibir aku ^_^.


Di samping memakai pelembab bibir, aku pun aplikasi juga beberapa cara untuk tampil berbeza dengan mempelbagaikan gaya solekan. Misalnya:

Untuk bibir yang nampak glamour (ehem ^_^): Lepas saja pakai lipstik, lapis  dengan pengilat bibir yang ada glitter. Sekarang ni, aku guna pengilat bibir elianto ( No satu dari kiri gambar di atas ).

Untuk bibir segar: sapu pelembab bibir dulu  lepas tu kamu sapu pengilat  bibir darpada warna natural atau pastel. Aku pakai pengilat bibir maybeline ( No 7 dari kiri dalam gambar di atas). 

Untuk bibir seksi: Kamu lukis dulu bibir kamu dengan pengaris bibir yang lebih gelap dari warna lipstik kamu. Lepas tu, kamu sapu lipstik menggunakan berus. Aku suka pakai berus sebab kalau pakai berus, gincu akan rata dan warna lebih cantik ^_^.

Untuk bibir  tebal & penuh: Kalau bibir kamu tebal ala-ala angelina jolie, kamu pilih gincu yang natural. Itu lagi manis dari pilih warna terang. Dan kalau kamu berbibir nipis, pilih gincu yang berwarna gelap untuk menampakkan bibir kamu penuh. Lepas sapu gincu, kamu sapulah pengilat bibir di tengah-tengah bibir kamu. Tengok cermin, dan berkatalah, wow, i love my lips ^_^.


Tips ni kamu boleh cuba sekarang ini juga atau esok. Semoga lepas mencuba, level of confident kamu akan bertambah tinggi. Dan, paling penting, pastikanlah bibir kamu lembab selalu. Jangan biar ia terkopak dan nampak kering. Jagalah bibir kamu seperti kamu jaga muka kamu. ^_^


Vaseline + lip ice

Oklah, selamat malam semua.^_^

2 comments:

  1. sis. bibir sy merekah. huhu.
    skrg mau pkai vaseline byk2 kena jga udah bibir ne.
    nice tips sis! leh lah cahya praktikkan. hehe

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...