Tuesday, 16 August 2011

what kind of sister you are?



No 10: Sempurna
No.12: Saya rindukan Kamu
 No.15: Terbaik

Itulah adalah 3 nilai yang diberikan oleh adik bungsu aku lepas saja aku post status ni dalam fb.  Tergamam juga aku bila dia bagi ini. Bukan bermakna aku sempurna dan terbaik sangat tapi sekurang-kuranngnya selama 29 tahun hidup bersama dia, aku tahu nilai aku di mana di mata dia.

Bukan sekali dua aku bergaduh dengan dia. Malah aku pernah tampar dan cubit dia bila aku rasa ada tindakan dia yang melampaui batas. Anak bungsu yang selalu dimanjakan memang begitu. Bila dia dapat tawaran ke sekolah berasrama agama pun dia tolak sebab tidak rela jauh dari keluarga. Walhal, sekolah tu tidaklah jauh sangat dari rumah. Setakat 20 km tu, masih boleh lagi balik hujung minggu. Tapi alasan tipikal yang dia beri ialah dia tidak sanggup tinggal di asrama buat kerja sendirian dalam semua aspek harian. Walau ada kawan, tapi dia kata: dia tidak biasa. 

Aku anak sulung yang ada baran sedikit terutama bila adik-adik membantah cakap aku. Bayangkan saja, aku mula jauh dari mereka masa aku 16 tahun sehinggalah sekarang ni. Aku hanya berjumpa mereka ketika cuti semester atau cuti sekolah. Zaman sekolah berasrama, kampus dan punya profesi mengajar aku erti menghargai keluarga aku. 

Bila kami jarang berjumpa dan aku balik rumah, memang terasa diri seperti puteri raja bila mereka akan buat apa saja yang aku suruh. Misalnya: adik, tolong buatkan kakak milo, tolong iron baju ni dik, tolong goreng ayam, dik, tolong kira jawapan budak ni dik dan bla, bla. Mudah saja. 

Cuma, bila ada yang tidak kena di hati mereka atau terutamanya adik bungsu aku ni, dia akan kata: baliklah ke tempat kau, bagus lagi kau tiada. See, perkataan along tu akan bertukar kepada kau. Dan daripada kononnya merindu selalu, disuruh pula balik ke tempat yang bukan asal aku. Tapi, itu semua bersifat sementara, bila amarah dalam hati hilang, pandai dia menangis bila aku sudah mahu bergerak ke aiport. 

Dan, aku tidak akan pernah lupa bila mana dia menangis tanpa henti last year masa aku hantar dia ke sekolah sebelum aku ke airport. Rupanya, dia tidak mahu ke sekolah dan mahu hantar aku ke airport. Itu pun, aku tahu bila aku terbaca buku kecil yang dia buat sebagai diary. Dia tulis yang dia sedih sebab tidak dapat hantar aku dan angah ke airport. Sebak juga dada aku lepas baca. Jiwa kakak yang tebal untuk dia.

Dia membesar dan semakin cantik. Teringat dulu, masa dia sekolah rendah, dia suka cuba pakai kasut tinggi aku. Bukan main dia ketawa bila dia terjatuh masa pakai kasut tu. Yalah, badan belum seimbang. Sekarang ni, hampir sama besar kami. Baju aku pun muat dengan badan dia. Cuma, dia kurus lagi dari aku. Kalau orang cakap dia gemuk, mulalah dia berdiet. Makan sikit. Tapi, aku kagum dengan didikan keluarga dengan kami, dia makan dengan tertib, setiap kali dia makan, pinggan memang licin. Dia ambil makanan setakat yang dia rasa dia dapat habiskan. Alhamdulillah, mungkin itulah rahsia dia sentiasa slim.^_^.

Tahun ni, dia ada exam PMR. Mudah-mudahan dia dapat keputusan yang cemerlang. Sebagai kakak, aku mahu dia berjaya.  Tahun depan, mungkin aku kena bertegas dengan dia supaya menerima tawaran untuk tinggal di asrama. Bukan untuk menyusahkan dia tapi, aku mahu dia belajar berdikari. Tidak boleh lagi ada di bawah ketiak mama lagi. 

Since dia semakin membesar, aku dan keluarga tidak pernah bagi dia untuk keluar dengan kawan-kawan. Entahlah, aku rasa kurang selamat kalau dia keluar tanpa kami. Bukan mengongkong tapi dia sendiri rasa tidak selesa keluar dengan mereka. Berapa kali kawan-kawan dia bawa keluar ke pekan di hujung minggu atau masa cuti tapi dia menolak. Katanya dia tidak biasa.

Kes penculikan yang ada sekarang ni buat aku paranoid. Takut kalau apa-apa terjadi dengan dia. Sebab dia bukannya pernah keluar selain dengan keluarga. Mungkin macam tu lah perasaan mama dulu bila aku keluar dengan kawan-kawan aku masa aku seumur dengan adik. 

Patutlah mama selalu marah aku. Degil dan keras kepala tu jadi sikap yang sukar dikikis. Harap-harap saja anak aku tidak macam aku nanti. Mujur saja, aku berkawan dengan kawan yang memang boleh diharap, yang sampai sekarang masih bersama aku masa aku susah dan senang. Kawan-kawan  masa zaman hingusan aku yang semunya sudah jadi orang berguna. Ada kerja tetap sendiri dan bahagia seadanya. Nining, ninah, linda, dewi, haliza dan abeng kamu kawan terbaik yang aku pernah ada sehingga sekarang.

Berbalik kepada cerita adik aku tadi, aku belajar untuk jadi kakak terbaik untuk dia. Memberi apa yang dia mahu setakat apa yang aku mampu. Selalu berusaha untuk rapat dengan dia. Memeluk dia biarpun dia sudah besar. Sebab, dengan sentuhan, ia akan jadikan hubungan kekeluargaaan menjadi semakin jelekit. 

Menyayangi tanpa syarat itu adalah asas kepada kasih sayang yang infiniti.

angah, aku dan adik bungsu aku


3 comments:

  1. sis memang kaka terbaik.

    mau apply jadi adik angkat. heheh. Cahya anak tunggal... :)

    pergh kalo kena baca oleh adik sis ne leh kena bom rumah. hik2.

    ReplyDelete
  2. hm,kakak ipar.. :-;.. Ada nombor telefon ka?? ^_^.v.. Hahaha..

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...