Friday, 9 September 2011

Jelas manusia itu unik

Hilang ketenangan duduk diam di rumah dengan bunyi bising ketuk-mengetuk, mengrill segala oleh jiran depan rumah. Tertekan. Tekanan.  Ingat pula tenangnya suasana di kampung. Siang-siang begini, selalu dengar bunyi kokokan ayam atau bunyi anak-anak buah aku yang kejar mengejar bermain sampai hingus meleleh-leleh pun tidak sedar. Rindu.

Berketuk-ketukan bunyi tu. Bunyi tv pun aku terpaksa besarkan. Perut rasa sebu. Malap perasaan masa ini. Kosongnya. Sampai aku keliru dengan apa yang aku mahu taipkan di sini. Betullah kata orang, menulis perlu ketenangan. Kalau keadaan berserabut, setiap apa yang ditulis pun kacau juga. Tambah lagi, aku tidak punya tajuk untuk entri ini.

Sehari ni dari pagi, otak aku asyik berfikir. Aku mula nampak apa namanya orang yang pandai bermuka-muka. Di depan, manisnya. Di belakang, busuknya. Alhmdulillah, aku dipertemukan dengan orang sebegini dalam waktu sekarang. Sekurang-kurangnya kalau aku masih bernafas sehingga esok, lusa atau tulat, aku sudah tahu yang orang sebegini memang wujud. Tidak perlu aku teka meneka apa lagi sikap manusia yang aku tidak pernah tahu. Sudah jelas dengan apa yang aku rasa sekarang.

Terima kasih untuk semua rasa sebal begini. Aku tidak lagi terkejut bila ada yang bercerita tentang orang begini. Mulanya, aku tidak percaya. Mana mungkin muka orang yang manis begitu boleh buat muka menyampah di belakang orang lain. Tapi, itulah hakikat. Terima apa saja sikap unik manusia. Manusia memang makhluk Tuhan paling unik.

Dan sekarang, aku pedulikan semua bunyi bunyi tadi. Penat aku untuk mendengar. Lelah ada mahu jadi semput. Mungkin elok kalau aku pejam mata walau sekejap. Harap-harap aku mimpi indah yang si dia datang. 

<Sumber gambar>



No comments:

Post a Comment

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...