Thursday, 22 September 2011

Kecil


Aku kecil. Sekecil kotak televisyen yang ada di belakang gambar aku. Tapi, aku punya jiwa yang besar. Bila orang selalu cakap-cakap, orang yang berbadan besar, hati dia kecil dan hati dia lagi mudah terusik dari mereka yang berbadan kecil. Ya, seperti aku. Ada sesiapa yang mengaku? Eh, kita simpan saja rahsia diri kita. Biar hanya mereka yang benar-benar mahu memahami kita, faham siapa kita. 

Kecil-kecil cili padi. Jangan disangka air yang tenang tiada buaya. Hmm... kusut fikiran ini. Ada 3 kerja yang menunggu untuk dibereskan dalam masa terdekat ini. Mahu pusing juga kepala. Mujurlah ada blog ini, selalu jadi tempat bermonolog selain dari adanya si dia yang sudi tadah telinga sebesar mungkin untuk jadi pendengar paling baik.

Dalam kaunseling, luahan hati klien perlukan tempat yang teraputik dan selesa. Barulah klien dapat meluahkan rasa dengan sebaiknya tanpa sekatan. Hari ini, aku ada klien lagi. Mahu bicara tentang cinta, katanya. Semalam, dia menangis mengenang nasib diri. Jujurnya, aku terharu dengan air mata itu. Cuma, aku tidak boleh terpengaruh dengan emosi begitu. Realistik seorang pendengar. Dengan segala kudrat yang ada, aku harap aku boleh buat 2 kerja dalam satu masa hari ini. Mendengar bicara tentang cinta klien dan membuat design untuk buku program yang tarikh akhirnya hari ini untuk dicetak. Tapi, itu sudah melanggar etika kerja aku. Haih!



6 comments:

  1. Hm,kalau gitu,suruh dia cari si Aki la.. :-p

    ReplyDelete
  2. kalau gitu,suruh dia cari si Aki la kak.. :-p

    ReplyDelete
  3. hai kak misya

    dulu, masa sy slalu jd pendengar, sy terlupa utk berckp.

    * gmbr kakak yg di atas tu btul-btul mcm sorang pelakon korea (:

    ReplyDelete
  4. wah. kaunselor rupanya kamu sis, kadang-kadang mendengar masalah orang mesti kita akan fikir, rupanya ada yang lebih diuji dari kita kan?

    ReplyDelete
  5. Aki:nasib ko jauh, klux, sdh aku suruh jmpa ko.hihi

    hanjila: bagus tu jd pendengar dik.;D teruskan.aisey.;D huwaaa..jgn ko ckp mcm korea...jauh panggang dari api ni dik;D

    hana: ehem..kdg2 kaunselor ni sendiri yg x tau mcmna nak settle problems sendiri;D

    lala: tq dik.alhamdulillah sihat;D.hrp lala pun sihat;D

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...