Monday, 26 September 2011

kecuaian




Sama ada sikap ini sudah sebati dalam diri atau hanya sekadar sikap yang berlaku akibat kurangnya kesedaran akan keselamatan, aku pun kurang pasti. Aku jadi agak hairan dengan sikap diri sendiri. Menakutkan empunya diri dan juga mereka yang sayangkan aku terutamanya si dia. Insan belahan jiwa yang selalu ada setiap masa dan ketika. Seperti yang sudah dicatatkan bila dia ditakdirkan untuk membimbing dan didik aku yang serba serbi ada kurang dan lemahnya di mana-mana. Maka, kesyukuran itu aku selalu panjatkan untuk Ilahi. Segala puji untuk Allah, Tuhan sekalian alam.

Mengutarakan isu tentang sikap ni, aku mulai sedar akan keburukan sikap cuai. Aku cuba untuk tidak menyentuh sikap dalam bekerja tapi ini soal sikap kecuaian aku di rumah. 

Beberapa lama dahulu, aku selalu masak air guna cerek biasa, aku lupa yang aku masak air sehinggalah air di dalam cerek tu kering dan bau terbakar seluruh rumah. Aku berlari ke dapur dan padamkan api. Perkara ni berlaku berulang kali dan semuanya akibat aku lupa.

Kemudian, sebelum pergi kerja, aku akan ke tandas dan aku selalu lupa padam lampu tandas tu sebab lazimnya aku akan kelam kabut untuk pergi ke tempat kerja. Takut pada insiden sesaknya jalan raya. Konon.

Selepas itu, Aku juga sudah beberapa kali lupa padamkan kipas di ruang tamu sebelum pergi kerja. Bila sampai rumah, kipas terus berpusing ligat dan bayaran elektrik memang meningkat saban bulan.

Dan pagi tadi, aku goreng cucur udang, bila sudah masak, aku toskan dan masukkan di dalam bekas untuk bawa bekal ke tempat kerja. Aku bersiap di bilik sehinggalah aku tercium bau terbakar dan rumah berasap. Aku berlari ke dapur dan rupa-rupanya aku lupa tutup api selepas masak cucur tadi. Minyak sudah jadi hitam dan berasap seluruh dapur.

Aku berishtighar banyak-banyak. Kecuaian demi kecuaian aku buat.  Semua akibat aku LUPA. Bila aku fikir-fikir dengan semua insiden yang pernah aku lalui memang sah bahayanya sikap pelupa ni. Mujur saja Tuhan masih selamatkan aku.

Kemudian bila aku ingatkan diri, aku takut untuk jadi terus begini. Perlukah aku makan kismis dan madu banyak-banyak untuk memastikan memori aku tidak terus terganggu? Dan sebenarnya, aku teringat kata-kata seorang kawan, bila seorang perempuan melahirkan anak, banyak urat-urat saraf dia yang akan terputus dan itulah kadang-kadang yang menyebabkan seorang perempuan makin pelupa. Kalau begitulah, berapa banyak kelupaan lagi yang aku akan alami selepas melahirkan anak nanti? 

Mudah-mudahan saja, aku mampu memulihkan ingatan ini seperti sediakala. Amin.


4 comments:

  1. Cuai.. hehe.. relax kak..

    si Aki ada satu nasihat.. kakak selalu buat apa?? membaca?? depan laptop?? buat nota besar2,lekat di mana tempat yang slalu kakak nampak.. contoh kalau api,letrik atau air,kakak lekat di meja laptop kakak,di pintu,di mana-mana la..

    yang lain tu pun ikut sama..

    Guna warna yang berlainan setiap peringatan kakak tu..

    Sudah kakak rasa biasa,hilangkan tu peringatan,ganti dengan kertas2 warna tu saja,so,bila kakak nampak tu warna, kakak akan ingat..

    Sebenarnya, kakak bukan pelupa,cuma kakak telampau banyak fikiran.. Kakak punya fikiran bukan di rumah ja tu.. si Aki paham tu macam mana otak perempuan berfungsi..

    p/s.. Tu kartun si Aki bukan si Aki yang lukis.. ada kawan blogger juga.. ^_^.v..

    ReplyDelete
  2. naaaa, betul jg apa ko suggest tu ki..yala, nnt aku try. tekanan jiwa aku mcm ni ki.pelupa betul ba..ko jg ba sgt memahami ki.teringat aku sm sumandak ko.msti dia bahagia sbb ko memahami ba;D oh, krm slm sm tu blogger aaa.sm kreatif kamu ki;D

    ReplyDelete
  3. jngn risau mama akan lupa benda benda nda penting ja misya...mama mn ble lupa benda penting :)

    ReplyDelete
  4. Bahaya sap tu kak,mimon berkaitan dgn api.jangan!jangan!jangan! Cepat2 cari cara utk menangani masalah lupa tu kak.nauzubilah minzalik.ingat org tersyg sll kak.termasuk saya jg. hehe.

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...