Tuesday, 6 September 2011

kesal

Berdesing telinga bila dikhabarkan yang sijil nikah aku dan suami tidak boleh dikeluarkan kecuali ada surat dari kami yang mengatakan kami mewakilkan seseorang untuk mengambilnya. Ini adalah salah satu kesusahan yang perlu dilalui kalau berada di tempat orang. Bila ada benda penting yang kena buat tapi tuan empunya diri tiada di sana, orang lain memang susah berkrompromi.

Sudah diyakinkan, dia adik aku tapi manusia sekarang sukar untuk membina kepercayaan pada orang lain bila sudah pernah terkena. Katanya sebelum ini ada bapa yang ambik sijil nikah anak sendiri terhilangkan sijil tu, Jadi,  aku faham di sini. Mereka tidak mahu pisang berbuah 2 kali. Pendek kata, mereka tidak mahu dipersalahkan bila ada apa-apa yang terjadi. 

Tapi, bila dilihat dari sudut lain, aku rasa mereka masih boleh berkompromi dengan mengatakan jika ada apa-apa yang terjadi selepas mereka keluarkan sijil nikah tu, mereka tidak akan bertanggungjawab. Itu menyenangkan mereka dan orang yang berurusan.

Dalam hidup, ada orang yang senang untuk percaya. Ada yang degil dan keras hati untuk percaya. Apa yang buat aku kesal ialah bila orang selalu menyamakan sesuatu dengan sesuatu, seseorang dengan seseorang. Ia seperti metafora jadian yang tiada hentinya. Bila jadi begitu, kepercayaan pun lansung tidak terbina malah membikin hati orang lain memaki dalam diam kerana payahnya berurusan dengan cara begini. Terlalu banyak prosedur pun bikin muak dan sebal melulu.

Mahu saja aku punya sayap dan boleh terbang balik untuk selesaikan segala urusan. Atau adalah rasa indah kalau aku ada helikopter sendiri yang boleh terbangkan aku ke mana saja. Tapi, aku sedar, aku tiada apa-apa. Kosong.

 Aku selalu berfikir di luar kotak. Dulu, aku agak bengap. Lansung tidak berfikir di luar kotak. Fikir biasa-biasa saja. Tapi sejak aku sudah lalui pelbagai sandiwara hidup, aku sedar yang kejujuran selalu diperlekehkan. Keikhlasan selalu ditertawakan. Jujurnya, aku benci dengan lakonan duniawi yang serba palsu begini.

kejujuran yang selalu dipertikaikan

pilihan terletak di tangan sendiri mahu percaya atau tidak

7 comments:

  1. pendek kata tiada siapa yang mau dipersalahkan oleh kecuaian orang lain T.T

    ReplyDelete
  2. Sabar kak. Mungkin tu prosedur dorang kali tu. Or dorang sudah pernah kena saman ka apa ka, untuk kes-kes sebelum tu. Mungkin dorang takut sudah kali tu. ^^

    ReplyDelete
  3. ho ho ho.. kalau si Aki,bulih percaya ka?? :-p

    ReplyDelete
  4. aima: ya ma.mmg btul tu.mana ada org mau kena kasi salah even salah sendiri kadang2 x jg mau mengaku..

    fm:ya, takut kali sdh tu dik sbb prnah terkena kan..macam2 ba manusia ni.

    aki: hahahaha..bule kali aaaa..nnti aku tnya c sumandak;D

    ReplyDelete
  5. aduilaa...pnya complicated mau buat sijil nikah kn kak misya...

    anyway sabar la aa kak...

    ReplyDelete
  6. sabar lah dear...manusia memang cam tue,bila dah terkena sekali,mereka akan berhati-hati next time..:)

    ReplyDelete
  7. ya yan..susa btul berurusan dgn benda ni semua...sabar jak la..

    pink:sediakan payung sebelum hujan ba kan..;D

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...