Saturday, 17 September 2011

Mati

GOOGLE


Kalau saja kehidupan di dunia ini dijalani penuh bahagia tanpa ada rasa kebencian, kesombongan, hasad dengki dan keegoan, aku masih berfikir apa yang manusia lakukan dengan jiwa yang kudus begini. Kala rutin sekarang selalu memberi cuak dan kecut hati kerana adanya plot hidup yang selalu menuntut untuk membuat perbalahan dan mencabut  nyawa teman secara diam-diam. Aku mahukan sepasang telinga yang tuli dan mata yang separa buta kerana aku tidak mahu menjadi pendengar untuk plot begini. Sudah-sudahlah dengan mengadu domba. Belajarlah untuk buat hal sendiri dan tidak perlu untuk bercerita dengan semua bahawa diri lah yang paling hebat. Kalau sudah hebat, nama akan tetap jadi sebutan dan tidak perlu mencanang kehebatan sendiri.

Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Aku semakin percaya, pasca berada di sesuatu tempat  akan bergantung kepada adab dan pekerti empunya diri. Kalau baik, baiklah. Kalau jahat, jahatlah kenangannya. Dan aku yakin, perkara baik yang dibuat lazimnya jarang diingat tapi, perkara jahat yang dibuat, lazimnya akan diingat selalu dan diperkatakan selalu. Manusia. Aku mahu menginsafi diri sendiri. Mendidik hati untuk meminimumkan kekhilafan diri kerana aku tidak pasti bila masanya aku akan mati.

“I believe that every single event in life happens in an opportunity to choose love over fear.”
― Oprah Winfrey

2 comments:

  1. aduh,bcakap psl mati ni kak misya,mmg buat sy gelisah....=(

    ReplyDelete
  2. Biasalah tu kak. Hidup kita ni memang sentiasa dikelilingi golongan pengadu domba. Semua hanya fikirkan kesinambungan kepentingan sendiri. Tida mau fikir tentang orang lain, walaupun bersaudara. Hmm.

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...