Thursday, 8 September 2011

Monolog positif

Sukar untuk terima apa saja hakikat hidup yang diluar kawal adalah perkara klise untuk semua orang. Ubatnya, kena belajar dan berlatih untuk terima. Bila sudah dilatih, lama-lama ia pasti boleh diterima tapi kadang-kadang masih ada juga yang bebal. Masih tidak mahu berubah. Degil. Rasa diri sempurna dan tidak mahu terima kekurangan diri.

Diusik sedikit. Dicubit tentang kelemahan diri sudah mahu berapi. Aku pun begitu juga. Klise kan. Aku cuba untuk menilai diri sendiri. Ayat dominan tentang manusia ialah tiada manusia yang sempurna. Oleh itu, aku mahu buka mata luas-luas. Setiap pergerakan harian, ada cabaran yang menghalang di hadapan. Sedangkan mahu makan pun, pandai juga tersedak, inikah pula dalam aktiviti lain?. Tidur pun ada cabaran. Susah tidur. Susah untuk mengantuk.  Itu pun satu penyakit juga.

Dalam edisi meneruskan hidup, semangat hidup perlu kuat. Motivasi diri kena unggul. Terima cabaran sebagai cara untuk jadi orang yang betul-betul 'orang '. Boleh berdikari tanpa perlukan bantuan sesiapa. Aku suka  berdikari. Cuma, sejak ada  si dia, aku jadi manja. Selalu mengharap dia ada. Moga saja si dia akan selalu ada di sisi suatu hari nanti.  

Aku selalu bermonolog. Sekarang pun, aku tengah bermonolog. Cuba bermonolog positif. Ambil kekuatan dari dalam diri. Bina keyakinan sendiri. Aku boleh lapangkan hati dan boleh senyum tenang kesyukuran. Hadapi cabaran hidup dengan penuh cekal. Bersyukur dengan aturan hidup begini. Bahagia dan cukup disayangi.

Sumber gambar


5 comments:

  1. may god bless u kak misya..

    cheers selalu aa=)

    ReplyDelete
  2. Positif.. itulah yang terbaik.. hehe..

    ReplyDelete
  3. Ko juga la sis,terbaik!! ^_^.v.. Be positive all the time..

    ReplyDelete
  4. aima: sama kita ma..utk kasi smgt ba kono;D

    azean:tq dear yg cantik;D

    aretikz:ya betul ^_^

    aki: mataiiiii....cuba utk positif wlu kdg2 negatif tu lebih;D

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...