Thursday, 29 September 2011

Mungkin


Ada masanya, idea ada tapi gagal untuk dijadikan sebuah penulisan yang ada nilai. Buntu. Mungkin tiada fokus yang secukupnya untuk sesuatu perkara. Bak kak adik ipar aku, makanlah pisang selalu untuk mendapatkan fokus yang baik. Aku liat sedikit untuk beli pisang di sini walaupun itu adalah buah kecintaan aku. Agak mahal dan itu alasan yang paling lazim untuk orang seperti aku yang sebenarnya malas untuk membuat pembelian yang agak murah di pasar Satok. Pasar minggu yang terkenal di Kuching tapi boleh dikira dengan jari jumlah lawatan aku ke sana. Sesak dan panas. Aku alah. 

Percubaan untuk bermain dengan gambar, mungkin boleh menampakkan sedikit percubaan untuk menceriakan hari-hari aku. Kelam sebenarnya. Entah, bila akan terus cerah tanpa ada kabut bersama-sama. Bagus juga. Aku mahu terus percaya, sedikit masa lagi, akan terbuka pintu ketawa untuk aku. Mungkin esok atau mungkin selepas aku buat entri ini.

Menunggu.

Aku mahu gambar ini yang berkata-kata:



6 comments:

  1. ksian si Kawan,kena tarik kepala dia kak.. :-).. ha ha ha..

    ReplyDelete
  2. hahaha.tu la ba ki.terlampau siuk ba dia explore hp baru smpi aku x dilayan utk ambi gambar.lalu tarik kepala.hahahah

    ReplyDelete
  3. hai kak misya,

    sama la kita. berusaha utk ceria, berusaha utk senyum ketawa, berusaha utk hidup lbh bermakna...

    so sweet! kakak dgn husband (:

    ReplyDelete
  4. hanjila: duiba, sama pula kita dik..mudah2an harapan kita tercapai aaa...tq;D

    ReplyDelete
  5. Siok betul sap aku tengok barisan gigi kamu berdua yg putih melepak tu kak. . .masam duta iklan darlie vs safi sap kamu sana.hahahaha. . .

    ReplyDelete
  6. arina:hahhaha...iklan gigi darlie tp x jd masuk tv na..hihi

    ReplyDelete

sponsor by:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...